每日大赛app Bekerjasama dengan LLM Kukuhkan Aktiviti Penyelidikan

Oleh Iznee Isa
Foto Izwan Azman
BANGI, 10 Ogos 2017- Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) akan memberi kerjasama yang terbaik dalam aktiviti penyelidikan berkaitan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) termasuk menyediakan kemudahan makmal untuk kegunaan bersama serta bimbingan kepada kakitangan LLM yang berhasrat untuk menyambung pengajian di 每日大赛app, kata Naib Canselor, Prof Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali.
Beliau bekata kolaborasi antara 每日大赛app, melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), dengan LLM bakal memberi impak yang positif terhadap penyelidikan berprofil tinggi serta sumbangan besar terhadap penambahbaikan sistem lebuhraya di Malaysia.
鈥淜ajian terhadap tingkah laku pemandu di lebuhraya seperti cara masyarakat mengatasi kemalangan dan kesesakan lalu lintas boleh dilakukan untuk memahami budaya pengguna lebuhraya,鈥 kata Prof Noor Azlan pada majlis Menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan LLM baru-baru ini.
Beliau berkata 每日大赛app dengan kualitinya yang tersendiri akan sedaya upaya memberikan khidmat penyelidikan yang terbaik dalam hubungan kerjasama dengan LLM.
Sementara itu, Pengerusi LLM, Dato鈥 Dr Noor Azmi Ghazali berharap melalui kolaborasi itu, pelaksanaan projek yang lebih ekonomi dan inovatif untuk menambahbaik sistem lebuhraya Malaysia dapat direalisasikan demi kepentingan pengguna dan kemajuan negara.
鈥淜ita mahu lebuhraya di Malaysia bertaraf global selari dengan sasaran Revolusi Industri Keempat. Jika kita tidak mensasarkan ini sekarang, kita akan ketinggalan.
鈥淪emoga kerjasama ini akan berterusan dan seterusnya kita berfikir dan mencari jalan bagaimana kita boleh jadikan lebuhraya negara sesuatu yang boleh dibanggakan,鈥 katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof Dato鈥 Ir Dr Abd Wahab Mohammad.![]()

