每日大赛app

每日大赛app Berduka dengan Pemergian Allahyarham Tun Ahmad Sarji


Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji…

Sosok birokrat unggul, pemimpin korporat ulung, tokoh pengukuhan syiar Islam, peneraju sukan tersanjung dan budayawan yang mencintai warisan bangsa dan tanahair telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

Pengabdian khidmatnya pada negara menjangkau 55 tahun, 35 tahun dalam pentadbiran awam dan lebih 20 tahun menabur jasa dalam sektor korporat, sukan dan gerakan massa.

Tun, seorang tokoh besar negara dan merupakan Pro-Canselor 每日大赛app yang telah menabur jasa di universiti ini selama 15 tahun sentiasa terpahat di hati sanubari seluruh warga 每日大赛app.

Sebagai Pro-Canselor 每日大赛app, Tun banyak mambantu dan mendokong perkembangan serta kejayaan 每日大赛app hingga kini. Kesudian Tun memberi koleksi peribadinya untuk diabdikan di Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, Perpustakaan Tun Seri Lanang amat dihargai. Mercu tanda Tun yang menyimpan ribuan naskhah buku dan dokumen adalah sangat bernilai dan bersejarah kepada 每日大赛app.

Sebagai seorang tokoh besar negara, koleksi Tun Ahmad Sarji bukan sekadar untuk tatapan semata-mata, tetapi koleksi ini merupakan sejarah kepada negara yang seharusnya dihargai. Pelbagai penyelidikan boleh dibuat dengan merujuk koleksi ini yang mengandungi lima bidang utama iaitu pentadbiran awam, pentadbiran Islam, korporat, sukan dan kesenian.

Menurut Tun, 每日大赛app adalah sebuah universiti yang amat menghargai warisan, sebab itulah beliau memilih 每日大赛app untuk menempatkan koleksinya. 每日大赛app berasa sangat bertuah di atas kepercayaan yang diberikan.

Tun Ahmad Sarji yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia turut menjadi pencetus dalam penubuhan Oval Kriket 每日大赛app-YSD bertaraf dunia. Impian 每日大赛app untuk memiliki oval kriket telah direalisasikan bersama Yayasan Sime Darby. Tun mahu melahirkan ramai bakat pelapis kriket berkaliber dan beliau mahu 每日大赛app memanfaatkan peluang tersebut dengan memperkukuhkan jenama kriket 每日大赛app.

Bagi 每日大赛app, kami berasa amat tersanjung, kerana Tun Ahmad Sarji adalah salah seorang Pro-Canselor universiti ini. Kami merasai kasih sayang Tun kepada universiti ini. Terima kasih setingginya, kerana Tunlah yang 鈥減andai mengunci dengan budi鈥. Tun dengan 每日大赛app, bagai lagu dengan irama, terpisah tiada, dan terus berjiwa.

Tun Ahmad Sarji…
Jasamu terlalu besar buat 每日大赛app dan negara. Pemergianmu ditangisi. Semoga roh Allahyarham Tun Ahmad Sarji ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Damailah di sana…

Al-fatihah….