每日大赛app Buka Ruang Kepada Kakitangan MPB Sambung Pengajian

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 26 Jan 2016 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) membenarkan kakitangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui 每日大赛app tanpa perlu datang sepenuh masa ke kampus Bangi.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata untuk permulaan 每日大赛app berhasrat untuk membuka ruang kepada warga MPB melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
鈥淢elalui program pengajian ini, pihak MPB tidak perlu datang sepenuh masa ke sini (每日大赛app Bangi) tetapi mereka akan terus kekal menjalankan penyelidikan di MPB. Ia bererti penyelidik-penyelidik di MPB tidak perlu meninggalkan kerjaya di pejabat dan berpindah ke sini. Mereka boleh terus lakukan penyelidikan di sana.
鈥淚ni juga merupakan salah satu yang ditegaskan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato鈥 Seri Idris Jusoh dalam Majlis Amanat Tahun Baharu baru-baru ini yang mahukan Institusi Pengajian Tinggi mengadakan pendidikan fleksibel,鈥 katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara 每日大赛app dengan MPB di sini pada 19 Jan lepas.
Katanya beliau yakin akan ada pegawai-pegawai MPB yang ditugaskan untuk membuat satu projek yang khusus dan mereka (pegawai) boleh menggunakan projek itu untuk menjalankan penyelidikan untuk program Sarjana atau PhD.
Beliau berkata selain dari peluang melanjutkan pengajian, MoU dan MoA yang melibatkan tujuh fakulti di 每日大赛app turut akan membangunkan industri lada dengan inisiatif seperti menggalakkan penanaman lada, penyelidikan mengkhusus lada serta membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industry lada yang teratur, cekap dan lebih bersistematik.
鈥淛adi ini adalah satu perkongsian yang amat baik dan amat digalakkan oleh kerajaan. Ia juga merupakan strategi lautan biru dimana pihak industri dan pihak universiti dapat bekerjasama dalam usaha membangunkan industri,鈥 katanya.
Prof Noor Azlan berkata 每日大赛app juga berhasrat untuk menjalankan program Latihan Khas dalam bidang penjenamaan, program sumber daya insan lestari niaga dan pembangunan pasaran kepada pengusaha kecil lada.
鈥淛aringan industri ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh 76,000 pekebun kecil lada hitam yang ada di Malaysia. Saya percaya aplikasi yang akan dibangunkan oleh kepakaran 每日大赛app bukan sahaja membantu dari segi produktiviti malah meningkatkan kecelikan ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) di kalangan pekebun-pekebun kecil sedia ada,鈥 tambahnya.
Jaringan strategik dan hubungan kerjasama yang diketuai oleh Fakulti Sains dan Teknologi itu turut melibatkan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, 每日大赛app-Graduate School of Business, Fakulti Farmasi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
Sementara itu, Ketua Pengarah MPB Datuk Grunsin Ayom berkata MPB menumpukan penyelidikan kepada tiga aspek iaitu menambah baik baka untuk meningkatkan produktiviti dan menangani penyakit.
鈥淪elain itu, kita juga menjalankan pembangunan produk dengan mempelbagaikan penggunaan lada dan pembangunan pemasaran iaitu mempelbagaikan saluran pemasaran dan mempelbagaikan produk untuk dipasarkan ke dalam dan luar negara,鈥 katanya.
Beliau berkata MPB berperanan membangunkan industri lada dengan menggalakkan penanaman dan penyelidikan serta membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri itu.![]()


