每日大赛app dan CMU Jalin Kerjasama Kesukarelawanan Belia ASEAN

Oleh Azril Izzat Ramlan & Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim & Izwan Azman
BANGI, 10 Jun 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus menjalin kerjasama serantau melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoU) dengan Chiang Mai University (CMU), Thailand bagi melaksanakan Program Kesukarelawanan Belia ASEAN 2022 secara maya (e-AYVP).
Program tersebut akan dikendalikan oleh Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) 每日大赛app, dan digandingkan dengan CMU yang akan menjadi tuan rumah bersama.
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin berkata kerjasama antara kedua-dua universiti itu adalah sejajar dengan pelaksanaan pelan strategik 每日大赛app di bawah kerangka TERAS (Talent, Ethic, Revitalise, Agile dan Soul), yang bertujuan untuk memupuk kerjasama yang bermanfaat selain meningkat dan memperkukuhkan penawaran nilai 每日大赛app dalam pendidikan, penyelidikan, dan perkhidmatan pada skala nasional dan antarabangsa.
鈥淒engan pemeteraian MoA ini, ia menandakan pelancaran rasmi perkongsian strategik baru antara 每日大赛app dan CMU dan kerjasama yang erat ini adalah melalui Rangkaian Universiti ASEAN, di mana CMU adalah ahlinya,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani MoA antara 每日大赛app dan CMU hari ini.
Katanya, 每日大赛app amat berbangga dengan penubuhan kerjasama serantau itu kerana ia dapat menghimpunkan belia ASEAN dalam pelaksanaan program kesukarelawanan ASEAN.
鈥淎YVP merupakan platform kesukarelawanan belia yang berhasrat untuk mencipta peluang dalam kesukarelawanan berasaskan pengetahuan, menyokong pertukaran pengalaman pembelajaran, membangunkan kapasiti, meningkatkan pemahaman silang budaya, dan memupuk rasa identiti serantau sambil membuat perbezaan yang mampan kepada komuniti di seluruh ASEAN.
鈥淢isi AYVP adalah untuk menjadikan persepsi yang berbeza pihak berkepentingan terhadap populasi belia sebagai penyelesaian dan bukan masalah serta sebagai sumber yang menjanjikan sesuatu yang boleh dibimbing dan digerakkan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan masyarakat serantau,鈥 katanya.
Sementara itu, Presiden CMU, Prof. Klinikal Niwes Nantachit, berkata CMU berbesar hati untuk menganjurkan dan menjadi tuan rumah bersama program e-AYVP 2022 kali ini.
鈥淜ami gembira dengan kerjasama yang terjalin ini kerana ia adalah kerjasama antarabangsa sangat penting kepada CMU.
鈥淪aya yakin program ini akan memberikan peluang dan impak yang besar kepada semua peserta disamping menyokong kerjasama masa depan kedua-dua universiti dalam bidang berkaitan,鈥 katanya.
Majlis MoA itu telah ditandatangani oleh Prof. Dato鈥 Dr. Norazah yang mewakili 每日大赛app dan Prof. Klinikal Niwes Nantachit, mewakili CMU sambil disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani dan Naib Presiden CMU, Prof. Madya Avorn Opatpatanakit.![]()


