每日大赛app

每日大赛app dan FGV R&D Jalin Kerjasama Penyelidikan Industri Kelapa Sawit


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 12 November 2017 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) mengukuhkan kerjasama dengan Felda Global Ventures Research and Development (FGV R&D) Sdn Bhd bagi penyelidikan serangan jangkitan kelapa sawit.

Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata 每日大赛app sentiasa berkolaborasi dengan pihak industri dalam menjalankan penyelidikan yang berimpak tinggi.

鈥淜ita mempunyai kepakaran dan FGV R&D juga mempunyai kepakaran. Jadi kerjasama ini akan dapat menghasilkan perkembangan yang positif dan akan memberi impak yang besar kepada industri kelapa sawit,鈥 katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara 每日大赛app dan FGV R&D Sdn Bhd di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata selain dari kerjasama kajian metabolomik untuk pembangunan penanda biologi bagi mengesan jangkitan atau serangan awal Ganoderma (yang merupakan kulat perosak utama kelapa sawit), kerjasama itu juga turut merangkumi penyediaan peluang kepada kakitangan FGV untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dengan menawarkan program PhD industri yang merangkumi penyelidikan dalam bidang asas omiks, biologi pengkomputeran serta biologi sintetik.

鈥淜ita menawarkan kepakaran kita kepada kakitangan industri yang mahu melanjutkan pengajian di 每日大赛app dengan menyediakan suatu saluran khas,鈥 jelasnya.

Sementara itu, Ketua Kluster R&D dan Pekhidmatan Agrikultur FGV, Syed Salim Syed Ali berkata beliau yakin kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik FGV R&D dan INBIOSIS 每日大赛app聽 mampu mencari penyelesaian yang lebih mampan terhadap penyakit Ganoderma dengan cara penghasilan agen biokawalan yang berunsur mikrob yang berpotensi tinggi.

鈥淯saha ini dapat digunakan untuk menyelamatkan pokok sawit daripada serangan di peringkat awal jangkitan dan seterusnya dapat menyekat serangan Ganoderma secara lebih meluas,鈥 katanya.

Katanya, kerjasama dari segi kepakaran teknikal dan kemudahan penyelidikan antara kedua-dua pihak adalah sangat penting untuk memajukan sektor pertanian Negara.