每日大赛app dan MCM GreenMan Group Bekerjasama Bina Resort di Kampung Orang Asli

Oleh Asmahanim Amir
Gambar dari Prof. Madya Dr. Doris Padmini 聽S. Selvaratnam
BANGI, 24 September 2018 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah bekerjasama dengan MCM GreenMan Group bagi membina sebuah resort Eco-Home Village di perkampungan Orang Asli Kampung Kachau Luar, Semenyih.
Projek yang baru memulakan pembinaan pada April lepas akan mempunyai sebuah pejabat (reception) dan 20 unit chalet.
Menurut Prof Madya Dr Doris Padmini聽 S. Selvaratnam, resort tersebut adalah projek pertama 每日大赛app melalui FEP dalam membantu penduduk Orang Asli menjana pendapatan sendiri.
鈥淧rojek ini merupakan strategi terbaru dalam memanfaatkan aset Orang Asli (tanah, kebudayaan dan kemahiran tradisional) untuk mewujudkan perniagaan mesra alam. Ia juga membolehkan komuniti Orang Asli menghasilkan pendapatan mereka sendiri,鈥 katanya.
Beliau berkata, melalui projek itu, sumber asli akan dipelihara dan digunakan untuk meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli.
鈥淧ada masa yang sama, warga 每日大赛app dan orang awam boleh menggunakan projek ini sebagai makmal alami (living lab) untuk mengkaji dan belajar terutamanya berkenaan seni bina, bangunan mesra alam, teknologi penuaian air hujan, sistem panel solar terapung, pengurusan sisa, pengurusan resort dan keusahawanan,鈥 jelasnya.
Katanya, pembinaan resort tersebut tidak akan menghapuskan sumber alam semulajadi kawasan perkampungan tersebut.
鈥淜ita tidak akan menebang walau sebatang pokok untuk pembinaan unit chalet di situ. Untuk permulaan ini, kita telah membina sebuah chalet (untuk pejabat dan pendaftaran masuk) pada bulan April lepas.
鈥淐halet pejabat ini telah disumbangkan oleh MCM GreenMan Group dan dengan bimbingan mereka, ia telah dibina sendiri oleh pelajar-pelajar kita (每日大赛app) dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Pengajan Islam bersama dengan sukarelawan awam dan juga Orang Asli Kg. Kachau Luar. Mereka mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan chalet tersebut,鈥 terangnya.
Prof Madya Dr Doris Padmini berkata, apa yang menariknya tentang pembinaan resort ini ialah binaannya yang menggunakan modular home building system yang mesra alam dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
Katanya, pemasangan adalah mudah dan cepat serta ia juga merupakan sistem pemasangan yang portable selain kos untuk membina satu unit chalet adalah kira-kira RM40,000 hingga RM45,000.
鈥淜ita masih membuka kepada pihak luar terutamanya industri yang berminat untuk menyumbang apa sahaja untuk binaan makmal alami dan resort ini,鈥 katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa baru-baru ini, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk memberi sumbangan dana kepada pembinaan resort tersebut.
鈥淯ntuk sumbangan tersebut, acara tahunan 2018 Toyota Classics Concert bertajuk Orchestra of the Age of Enlightenment dari London akan diadakan di Dewan Philharmonic Petronas, KLCC pada 13 November ini. Hasil jualan tiket itu akan disumbangkan sebagai CSR (tanggungjawab sosial korporat) Toyota kepada projek ini dan satu lagi projek yang dijalankan oleh Universiti Malaya.
鈥淛adi, dengan sumbangan-sumbangan ini, diharap projek Eco-Home Village akan berjalan lancar dan dapat merealisasikan tanggugajawab 每日大赛app untuk menjamin kelestarian kehidupan Orang Asli di Kg. Kachau Luar,鈥 katanya.
Rakan strategik lain yang turut terlibat sama memberikan sumbangan kewangan atau tenaga kepakaran adalah Max Capital Management聽dan AJM Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd. (APUDG), serta peranan penting yang dimainkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Majllis Perbandaran Kajang.
Pembinaan resort itu adalah melalui pendanaan kaedah crowdfunding. Jadi, kepada sesiapa yang mahu menyumbang sesuatu untuk projek tersebut, boleh layari laman web https://ukmcrowdfunding.com/donation/kkl-eco-resort-donation/![]()
