每日大赛app Dan Negeri Sembilan Tubuhkan Pusat Kajian Ulama

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
SEREMBAN, 23 Jun 2015 鈥 聽Sebuah Pusat Kajian baharu Institut Baitul Hikmah (IBH) akan ditubuhkan tidak lama lagi di Negeri Sembilan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI) melalui Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Dekan FPI, Prof Dr Wan Kamal Mujani berkata penubuhan institut tersebut adalah kesinambungan daripada Surat Hasrat (LoI) yang telah ditandatangani pada 5 Jun lepas antara FPI dan kerajaan Negeri Sembilan.
鈥淜erjasama yang pertama adalah penganjuran Nadwah Ulama鈥 Nusantara (NUN) kali ke-6 yang diadakah hari ini (9 Jun). Selepas ini kita akan move forward untuk mencapai hasrat MAINS untuk menubuhkan IBH.
鈥淜ita di pihak 每日大赛app akan menyokong MAINS untuk menubuhkan institut ini dan mungkin kita akan menyumbang sebagai felo penyelidik di institut itu kelak,鈥 katanya selepas majlis perasmian NUN ke-6 di sini pada 9 Jun lepas.
Beliau berkata secara normalnya jika 每日大赛app menubuhkan sesebuah institut, ia akan mengambil masa satu hingga dua tahun.
鈥淭api institut ini akan ditubuhkan oleh MAINS di Negeri Sembilan dan kita akan menyumbangkan kepakaran kita dalam bidang-bidang tertentu. Jadi proses penubuhnnya adalah bergantung kepada pihak MAINS itu sendiri,鈥 katanya.
Beliau berkata pihak jabatan akan terlibat dalam membuat polisi dan institut itu juga boleh dijadikan jabatan dalam kerajaan negeri.
鈥溍咳沾笕黙pp boleh salurkan jawatan sebagai pengarah untuk tempoh dua tahun. Sekarang pun kalau kita lihat pada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor, rektornya adalah dari 每日大赛app. Jadi mungkin IBH juga kita akan lakukan seperti itu,鈥 katanya.
Beliau berkata penubuhan IBH tidak akan tertumpu kepada penyelidikan semata-mata dan penyelidikan mungkin hanya akan dibuat di peringkat awal penubuhannya.
鈥淪ama seperti penubuhan Institut Islam Hadhari yang pada awal penubuhannya kita hanya menumpukan kepada penyelidikan, tetapi selepas ramai pihak yang sedar dengan kewujudan institut ini, kita buka tawaran kepada program pengajian,鈥 terangnya.
Prof Dr Wan Kamal berkata di IBH nanti mungkin hanya boleh ditawarkan program sijil sahaja dan bukannya Ijazah Sarjana Muda.
鈥淐ontohnya kita tawarkan sijil Pengajian Ilmu Falak 每日大赛app-IBH. Ia secara tidak langsung dapat menjana pendapatan kedua-dua pihak (每日大赛app-IBH),鈥 katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan PATI Dr Azmul Fahimi Kamaruzzaman berkata IBH akan ditubuhkan melalui tiga cabang iaitu cabang figh, perpustakaan dan muzium dan bahagian penyelidikan dan kajian strategik.
鈥淚a adalah untuk membantu kerajaan Negeri Sembilan dalam menyelesaikan isu-isu semasa dan juga pembangunan negeri (R&D),鈥 katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata NUN ke-6 yang diadakan selama dua hari bermula 9 Jun lepas telah membentangkan sebanyak 30 kertas kerja oleh peserta dari dalam dan luar negara.
鈥淜ita juga mempunyai peserta dari Indonesia dan Thailand. Pembentang-pembentang dari 每日大赛app terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan mahasiswa diperingkat sarjana dan doktor falsafah. Selain itu, terdapat juga peserta MAINS dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain,鈥 katanya.
Simposium itu adalah anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 每日大赛app dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

