每日大赛app

每日大赛app-GSB Tambah Baik Program Pengajian Untuk Lahir Graduan Berkualiti

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 6 Ogos 2015 鈥 Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app-GSB) sentiasa membuat penambahbaikan program pengajian bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.

Dekannya, Prof Madya Dr Mohd Zaher Mohd Zain berkata program akademik yang ditambah baik terutamanya program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) adalah lebih sesuai dan relevan dengan kehendak pasaran dan industri.

鈥淧rogram MBA kini mempunyai kelebihan seperti memenuhi syarat-syarat daripada Agensi Kelayakan聽Malaysia (MQA). Kita juga telah mengambil contoh daripada institusi terbaik di Eropah berbentuk lock-step dan modul dan kursus yang ditawarkan juga sepadan dan para pelajar hanya memerlukan satu tahun untuk menamatkan pengajian,鈥 katanya pada majlis Prebiu Program Akademik 每日大赛app-GSB dan Jamuan Aidilfitri di sini pada 5 Ogos 2015.

Beliau berkata untuk program separuh masa, para pelajar hanya perlu menghadiri kuliah dua kali sebulan pada hujung minggu dan boleh menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun.

鈥淪elain itu, kita turut membuat penambahbaikan dengan mewajibkan para pelajar mengikuti modul kepimpinan, pengurusan projek dan pembelajaran secara langsung di dalam dan diluar bilik kuliah,鈥 katanya.

Prof Madya Mohd Zaher berkata 每日大赛app-GSB adalah pusat pengajian pasca siswazah tunggal yang menjalinkan kerjasama dengan banyak institusi perbankan terkemuka di Malaysia seperti CIMB Bank, RHB Bank, Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat.

鈥淒i samping itu, kita turut menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menambah baik pengajaran dan pembelajaran program MBA dalam bidang pengurusan awam dan percukaian,鈥 jelasnya.

Program-program pasca siswazah yang ditawarkan oleh 每日大赛app-GSB adalah Pengurusan, Kewangan, Kewangan Islam dan Perbankan, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Cukai, Pemasaran, Pengurusan Awam dan Pengurusan Pengajian Tinggi.

Beliau berharap agar penambahbaikan yang dibuat itu akan dapat melahirkan graduan yang menepati keperluan industri, berkeyakinan tinggi, mampu memimpin, berani dan bertanggungjawab.ukmnewsportal-bm
Untitled-1

3