ÿÈÕ´óÈüapp Laksana Saringan Kesihatan kepada Pemandu GRAB dan Pelajar

Oleh Asmahanim Amir
Foto oleh Pusat Kesihatan Universiti
BANGI, 25 Mac 2020 – Saringan kesihatan dan kawalan pencegahan bagi membendung penularan wabak COVID-19 menjadi keutamaan ÿÈÕ´óÈüapp. ÿÈÕ´óÈüapp juga sentiasa bersedia memberikan khidmat saringan kesihatan kepada mana-mana pihak termasuk masyarakat.
Sebagai mendokong usaha-usaha kerajaan membendung COVID-19, ÿÈÕ´óÈüapp telah melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap Pemandu GRAB yang menghantar pelajar Doktor Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Ahmad Sharif Haron yang mengikuti program mobiliti di Universiti Qatar, Doha bagi menjalani saringan kesihatan di kaunter saringan COVID-19 Pusat Kesihatan Universiti di Kolej Ibu Zain, sebaik sahaja beliau tiba di kampus ÿÈÕ´óÈüapp Bangi.
Ahmad Sharif yang tiba di KLIA dari Qatar telah menggunakan perkhidmatan GRAB untuk pulang ke kampus ÿÈÕ´óÈüapp Bangi. Beliau telah mengikuti program mobiliti sejak Ogos 2019 dan sepatutnya berakhir pada Jun 2020, namun tempoh ini telah dipendekkan sehingga Mac 2020 akibat penutupan universiti tersebut berikutan penularan virus COVID-19. Beliau turut menjalani saringan kesihatan di kaunter saringan COVID-19 Pusat Kesihatan Universiti di Kolej Ibu Zain dan telah diminta menjalani kuarantin selama 14 hari di Kolej Dato Onn.
Pusat Kesihatan Universiti turut melakukan proses sanitasi dan pembasmian kuman terhadap semua barang yang dibawa oleh pelajar tersebut. Proses ini turut dilaksanakan terhadap kereta GRAB yang membawa pelajar tersebut sebagai salah satu usaha ÿÈÕ´óÈüapp mambantu pencegahan penularan wabak COVID 19.
ÿÈÕ´óÈüapp mengucapkan terima kasih kepada pemandu GRAB, En. Mohamad Azhar kerana sanggup mengambil risiko membawa pelajar ÿÈÕ´óÈüapp pulang ke kampus. Pemandu GRAB tersebut turut dibekalkan penutup hidung dan mulut secara percuma oleh ÿÈÕ´óÈüapp bagi kegunaan beliau
