每日大赛app Lancar Bulan Wakaf Wanita dan Wakaf Emas

Oleh Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 6 Mac 2020 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), buat julung kalinya telah melancarkan Bulan Wakaf Wanita dan Wakaf Emas yang bertujuan untuk meraikan golongan wanita sempena Hari Wanita Sedunia.
Program yang 聽menjadi sebahagian daripada Sambutan Jubli Emas 每日大赛app itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Pelajar dan Masyarakat), Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah di Persada Canselori, Bangunan Canselori, baru-baru ini.
鈥淏ulan Mac dipilih sebagai Bulan Wakaf Wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada 8 Mac setiap tahun.
鈥淧ihak Yayasan Canselor juga turut memperkenalkan produk wakaf terbaharu iaitu Wakaf Emas buat warga 每日大赛app atau orang luar yang ingin mewakafkan emas milik mereka,鈥 kata Prof Dato鈥 Dr. Imran.
Bersempena Bulan Wakaf Wanita tersebut, pihak Yayasan Canselor telah menyusun pelbagai aktiviti menarik seperti forum wanita, ceramah mengenai kesihatan wanita serta program pemeriksaan wanita dan derma darah.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Canselor, Prof Madya Dr Mohd Fairuz Mohd Salleh, Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita, Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak dan Pengarah Pusat Islam 每日大赛app, Dr Abdull Rahman Mahmood.![]()



