每日大赛app Latih 170 Pegawai Kanan Awam Sri Lanka

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 7 Mac 2016 鈥 Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app-GSB) telah melatih kira-kira 170 Pegawai Kanan Awam dari Sri Lanka dalam perlaksanaan dan perancangan polisi awam, baru-baru ini.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata ini adalah sebahagian daripada inisiatif pembaharuan bagi memperbaiki perkhidmatan awam Sri Lanka.
鈥淪elain itu, kira-kira 80 pegawai kanan dari Sri Lanka telah menghadiri suatu misi pembelajaran di Malaysia sebagai sebahagian daripada kursus mereka di SLIDA (Institut Pembangunan Pentadbiran Sri Lanka) dalam tempoh tiga tahun lalu,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan aluan pada majlis Lawatan Sambil Belajar Pegawai Awam Sri Lanka ke Malaysia di sini pada 22 Feb lepas.
Beliau berkata sebagai sebuah negara membangun, Malaysia dan Sri Lanka berkongsi banyak cabaran yang sama.
Beliau yakin program yang diatur untuk SLIDA oleh 每日大赛app-GSB berupaya menyediakan mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran pembelajaran yang boleh diguna pakai apabila mereka pulang ke Sri Lanka.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka, Ibrahim Ansar menyifatkan SLIDA sebagai berjaya, memandangkan lawatan belajar ke Malaysia yang diadakan sebelum ini agak memuaskan.
鈥淜ami percaya pengalaman Malaysia dalam pembangunan sosio-ekonomi boleh membantu meningkatkan pengetahuan pegawai kami,鈥 tambah beliau.
![]()


