ÿմapp – MaGIC Jalin Kerjasama Promosi Perniagaan Sosial

Oleh Tengku Nursharina Tengku Amri
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 22 Ogos 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui Pusat Perniagaan Sosial Yunus, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Global Innovation Creativity Centre (MaGIC) bagi mempromosikan perniagaan sosial di Malaysia.
Naib Canselor ÿմapp, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kerjasama itu meliputi perkongsian kepakaran dan penyelidikan.
“Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengembleng usaha untuk meningkatkan aktiviti keusahawanan sosial di peringkat kebangsaan,” katanya di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ÿմapp dengan MaGIC di sini.
Beliau berkata MoU itu akan memperkasakan usaha ÿմapp bagi mewujudkan perkongsian pintar dan keterlibatan strategik bersama agensi luar.
“Sebagai sebuah universiti penyelidikan, ÿմapp menggerakkan seluruh sumber yang ada untuk melonjakkan ÿմapp sebagai universiti penyelidikan terkemuka dunia,” katanya.
Beliau berharap kerjasama tersebut bukan sahaja dapat membantu keusahawanan sosial bergerak lebih maju kehadapan, tetapi juga dapat menjana kesedaran dalam mewujudkan tenaga kerja dalam bidang keusahawanan sosial.
Prof Noor Azlan menandatangani MoU bagi pihak ÿմapp, manakala MaGIC di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ashran Ghazi.
Ashran dalam ucapannya berkata keusahawan sosial penting untuk melahirkan usahawan kreatif dan memenuhi kehendak pemasaran.
“Saya berbangga kerana berpeluang menjalankan kerjasama strategik dengan ÿմapp bagi menggalakkan lagi perniagaan sosial di Malaysia,” katanya.![]()

