每日大赛app-Maxis Kukuhkan Kerjasama Strategik Melalui Pembelajaran Digital

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 18 Jun 2018 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Maxis Berhad terus mengukuhkan kerjasama strategik dalam membangunkan isi kandungan Maxis eKelas (Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), iaitu projek tanggungjawab sosial dan inisiatif pembelajaran digital Maxis.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, kerjasama strategik itu bermatlamat untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar.
鈥淪ebagai universiti kebangsaan, 每日大赛app bertekad untuk memastikan kepakaran warga 每日大赛app dalam penyelidikan, khidmat rundingan dan sebagainya dapat disumbangkan kembali kepada masyarakat dengan hasrat 每日大赛app untuk memasyarakatakan penyelidikan yang dijalankan,鈥 katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara 每日大赛app dan Maxis Berhad di Bilik Majlis, Bangunan Pentadbiran baru-baru ini.
每日大赛app diwakili oleh Prof Ir Dr Mohd Hamdi manakala Maxis oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut.聽 Hadir sama, Pengerusi Maxis Berhad, Raja Tan Sri Arshad Raja Uda, Timbalan Naib Canselor (Hall-ehwal jaringan Industri dan Masyarakat) 每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah dan Pengarah Pusat Transformasi dan Jaringan Komuniti 每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Rokiah Omar.
Beliau seterusnya berharap kolaborasi antara 每日大赛app dan Maxis akan dapat menyediakan bahan pembelajaran yang dapat menarik lebih ramai pelajar sekolah menggunakan teknologi digital dalam proses pembelajaran.
Sementara itu, Pengerusi Maxis Berhad, Raja Tan Sri Arshad berkata, program komuniti Maxis itu adalah satu inisiatif untuk mengarusperdanakan pembelajaran digital kepada komuniti.
鈥淏ermula pada tahun 2015, eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dari komuniti luar bandar.
鈥淪ebagai salah satu organisasi pendidikan terulung Negara, 每日大赛app adalah subject matter expert dalam pembelajaran dan inisiatif ini memberi ruang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar 每日大赛app sendiri dalam membina pengalaman dalam bidang ini,鈥 ujarnya.
Beliau berkata, fokus untuk projek tersebut adalah bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5.
鈥淪etakat ini, lebih daripada 10,000 pelajar dari 72 Pusat Internet seluruh Malaysia telah berdaftar dengan portal eKelas dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
鈥淭ahun ini, kami telah mencatat satu lagi pencapaian penting apabila kami menerima kelulusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KMP) yang mengiktirafkan eKelas sebagai satu inisiatif di bawah Program Imersif Tinggi KPM,鈥 terangnya.
Portal eKelas mengandungi kandungan pembelajaran dalam bentuk video, nota, soalan-soalan kuiz yang berpandukan silibus kebangsaan dan juga user generated content dari pelajar-pelajar eKelas sendiri.![]()




