每日大赛app

每日大赛app Melonjak Kedudukan Ke-138 THE Asia University Rankings 2022


Oleh Asmahanim Amir

BANGI, 8 Jun 2022Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melonjak ke kedudukan 138, iaitu meningkat 12 anak tangga berbanding kedudukan ke-150 pada tahun lepas dalam penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 yang diumumkan baru-baru ini.

Penilaian ini merangkumi lima indikator iaitu Citations, Industry Income, International Outlook, Research dan Teaching, sekaligus meletakkan 每日大赛app di tangga ke-3 berbanding ke-5 dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.

Dalam lima indikator tersebut, 每日大赛app mendapat penilaian terbaik universiti di Malaysia bagi indikator Teaching dengan perolehan markah sebanyak 43.8, manakala indikator International Outlook menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu dari penilaian 49.3 pada tahun lepas kepada 64.3 pada tahun ini.

Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, 每日大赛app merupakan salah sebuah universiti di Malaysia yang mencatatkan peningkatan ketara dalam THE Asia University Rankings pada tahun ini, selepas Universiti Teknologi Petronas yang naik 16 anak tangga.

鈥淲alaupun memartabatkan bahasa Melayu kekal sebagai agenda utama, 每日大赛app tidak pernah mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan reputasi institusi ini di persada dunia.

鈥淛ika dilihat kenaikan yang ketara bagi indikator International Outlook itu, saya pasti impaknya akan lebih besar selepas pembukaan kampus cawangan 每日大赛app di Qatar Oktober nanti,鈥 katanya.

Beliau berkata, pencapaian dalam THE Asia University Rangkings tahun ini menunjukkan bahawa 每日大赛app berada pada landasan yang betul, selain hala tuju universiti itu dalam meningkatkan kualiti dan pelaksanaan pelan strategik di bawah kerangka TERAS (Talent, Ethic, Revitalise, Agile dan Soul).

鈥淧enarafan universiti adalah salah satu daripada banyak instrumen untuk menanda aras sesebuah institusi pengajian tinggi. Saya percaya jika kita terus mengukuhkan asas dalam penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan, kedudukan yang lebih baik akan membuahkan hasilnya.

鈥淧enghargaan saya tujukan kepada seluruh warga 每日大赛app iaitu profesor, pensyarah, pengurusan, kakitangan dan pelajar atas segala usaha dan sumbangan yang besar dalam memastikan 每日大赛app sentiasa berada diantara universiti terbaik Asia, khasnya Malaysia,鈥 katanya.