每日大赛app Menang Empat Anugerah Buku Negara 2018 dan 1 Anugerah MAPIM 2018

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman聽
BANGI, 24 Mei 2018 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah memenangi empat kategori Anugerah Buku Negara 2018 dan satu kategori Anugerah MAPIM 2018 yang berlangsung baru-baru ini.
Empat buah buku tersebut ialah buku bertajuk Makanan Ubah Suai Genetik (GMF) Menurut Islam yang ditulis oleh Dato鈥 Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim dari Fakulti Pengajian Islam yang memenangi Kategori Pengajian Tinggi, dan Buku Umum Terbaik Kategori Teknologi Maklumat dan Pembangunan Persekitaran bertajuk Bandaraya Bestari: Sistem Kerajaan Elektronik dan Masyarakat Global Bermaklumat hasil karya Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Dua lagi buku yang turut memenangi anugerah yang sama ialah Buku Umum Terbaik Kategori Linguistik iaitu Bahasa Melayu Moden Awal dan Analisis Dua Kata Kopula ditulis oleh mantan pensyarah 每日大赛app iaitu Dr. Ismail Salleh dan kategori Sejarah dan Kesultanan Melayu telah dimenangi oleh mantan Karyawan Tamu, Institut Alam dan Tamadu Melayun (ATMA), Mohd. Zamberi Abdul Malek melalui buku berjudul Biografi Tengku Abdul Kadir Kamarudden: Raja Patani Terakhir.
Selain itu, buku gandingan penulis Prof. Dr. Rahimah Abdul Aziz, Prof. Dr. Ong Puay Liu dan Dr. Sarah Aziz dari FSSK berjudul Making the Past Present for the Future Integrated Heritage Conservation through Geopark Model telah memenangi kategori Buku Suntingan untuk Anugerah MAPIM 2018.
Pengerusi Penerbit 每日大赛app, Prof Dr Kamal Halili Hassan berkata, Penerbit 每日大赛app sentiasa menerbitkan buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang.
鈥淭ahun lepas kita telah menerbitkan 99 buah buku iaitu buku asli dan buku suntingan yang merupakan buku akademik dalam pelbagai bidang.
鈥淯saha penerbit 每日大赛app adalah untuk meningkatkan dan merancakkan lagi industri buku di negara kita,鈥 katanya semasa sesi Sidang Media Anugerah Buku Negara di sini.
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Jalaluddin berkata beliau mengambil inisitiatif menulis buku tentang teknologi maklumat dalam Bahasa Melayu.
鈥淜ebanyakan buku teknologi maklumat adalah dalam Bahasa Inggeris. Tetapi saya mengambil inisiatif sejak tahun 1997 dari penyelidikan-penyelidikan yang dibuat untuk menerbitkan buku ini,鈥 katanya.
Pemenang Anugerah MAPIM 2018, Prof. Dr. Rahimah berkata, buku Making the Past Present for the Future Integrated Heritage Conservation through Geopark Model adalah berkaitan dengan warisan geopark Malaysia.
鈥淏uku ini ditulis berdasarkan hasil kajian geopark sejak tahun 2008. Kita nak ketengahkan warisan geopark supaya genrasi akan datang tahu akan geopark Malaysia,鈥 katanya.
Daripada lima buah buku yang dimenangi oleh Penerbit 每日大赛app, tiga daripadanya disunting oleh Datin Dr. Saadah Jaffar yang turut menerima anugerah Editor terbaik Anugerah Buku Neraga 2017 tahun lepas.![]()