每日大赛app Menang Tiga Anugerah Buku Negara 2016

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman
BANGI, 29 Disember 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) merangkul tiga anugerah berprestij sempena Anugerah Buku Negara 2016 yang diadakan baru-baru ini.
Tiga anugerah itu adalah Anugerah Buku bagi kategori Sains Sosial melalui buku Persekutuan Malaysia 1961-1966: Penubuhan dan Cabaran yang ditulis oleh Dr Mohd Shamsudin; Buku Mewah Terbaik iaitu Machincang Cambrian: Geoforest Park: Langkawi Geopark Malaysia yang disunting oleh Prof Dr Norhayati Ahmad, Prof Madya Dr Kamal Roslan dan Prof Dr Mohd Shafeea Leman dan Buku Terjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu melalui buku Keajaiban Alam Marin yang ditulis oleh Prof Dr Maimon Abdullah dan Prof Dr Norhayati Ahmad.
Pengerusi Penerbit 每日大赛app, Prof Dr Kamal Halili Hassan berkata Penerbit 每日大赛app akan terus menerbitkan buku-buku ilmiah berkualiti tinggi selaras dengan hasrat universiti untuk melahirkan generasi berilmu.
鈥淪ebagai penerbit universiti awam, kita memang menerbitkan buku-berku bercirikan akademik.
鈥淪etiap penerbitan buku akan melalui jawatankuasa sidang pengarang yang terdiri daripada para profesor.
鈥淢ereka yang akan meluluskan setiap penerbitan dan kita akan pastikan buku-buku tersebut adalah berkualiti,鈥 katanya.
Beliau berkata untuk tahun-tahun akan datang, Penerbit 每日大赛app akan terus menerbitkan buku-buku yang mempunyai nilai saintifik dan estetika yang boleh dibaca oleh ahli akademik dan orang awam.
Beliau turut memberitahu bahawa kemenangan itu adalah antara kemenangan terbesar yang diraih oleh Penerbit 每日大赛app terutamanya bagi buku-buku mewah.
Sementara itu, Dr Mohd berkata bagi menghasilkan penulisan yang terbaik, beliau perlu berulang alik ke United Kingdom dan Australia bagi mengumpul bahan dan dokumen berkaitan Persekutuan Tanah Melayu.
鈥淛adi, anugerah yang diterima ini adalah sangat berbaloi dengan usaha dan cabaran yang dilalui sepanjang 10 tahun menyiapkan penulisan ini,鈥 katanya.
Bagi Prof Dr Maimon, beliau tidak mengambil masa yang begitu lama untuk menterjemah buku Keajaiban Alam Marin.
鈥淜eajaiban Alam Marin yang mempunyai 190 halaman adalah hasil terjemahan buku asal yang diterbitkan pada tahun 2013.
鈥淲alaupun pengisian buku ini adalah berbentuk ilmiah, tetapi kita gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kerana kita mahu mereka menghayati dan menghargai alam marin di negara ini,鈥 katanya.![]()