每日大赛app-PPK Bekerjasama Realisasikan Konsep Universiti Ladang

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 31 Januari 2017 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan syarikat bumiputera yang berteraskan perladangan dan penternakan iaitu Perladangan Peserta Kundang Sdn Bhd (PPK) akan bekerjasama dalam merialisasikan konsep Universiti Ladang.
Naib Canselor, Prof Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata Universiti Ladang adalah konsep pendidikan di luar bilik darjah yang merupakan wawasan yang hebat dan diluar pemikiran tipikal sebuah syarikat perladangan yang kebiasaannya memikirkan soal keuntungan dan survival dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar.
鈥溍咳沾笕黙pp percaya dengan pelbagai kepakaran yang dimiliki oleh tenaga akademik, kami akan mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan konsep pembelajaran alternatif ini.
鈥淪elain kepakaran akademik, hasil penyelidikan sedia ada di 每日大赛app mungkin boleh dimanfaatkan dalam pelaksanaan Universiti Ladang,鈥 katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandam Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan PPK di sini baru-baru ini.
Katanya beliau berharap MoU itu akan menjadi salah satu platform kepada usaha pengkomersilan hasil-hasil penyelidikan yang telah dihasilkan oleh penyelidik dan pelajar 每日大赛app.
鈥淪aya berharap teras utama MoU ini akan digunakan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan perkembangan ilmiah di peringkat pengajian tinggi dan masyarakat.
鈥淚anya juga diharap dapat memberi manfaat dan rujukan kepada mahasiswa dan juga warga 每日大赛app dalam memajukan bidang pendidikan, penyelidikan dan penerokaan model ekonomi baharu,鈥 katanya.
Pada majlis tersebut, beliau mewakili 每日大赛app menandatangani MoU bersama Pengarah Urusan PPK, Azman Md Rasip dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah, Dekan FKAB, Prof Dato鈥 Ir Dr Abdul Wahab Mohammad dan Pengerusi PPK, Salim Sojo.![]()

