ÿÈÕ´óÈüapp

ÿÈÕ´óÈüapp Prihatin Bantu Pelajar UMP Jalani Saringan Kesihatan


Oleh Asmahanim Amir
Foto oleh Pusat Hubungan Antarabangsa

BANGI, 1 April 2020 – Enam pelajar iaitu tiga dari Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) dan tiga dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang mengikuti program mobiliti pelajar di Universitas Indonesia telah selamat tiba di ÿÈÕ´óÈüapp dan dikuarantin selama 14 hari di Kolej Dato’ Onn (KDO).

Keenam-enam mereka telah mengikuti program mobiliti sejak Februari lepas dan sepatutnya berakhir pada Jun ini, namun tempoh itu telah dipendekkan berikutan penularan virus COVID-19.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, para pelajar ini diambil dengan menggunakan bas ÿÈÕ´óÈüapp. Kesemua mereka melalui proses sanitasi oleh petugas ÿÈÕ´óÈüapp yang lengkap berpakaian PPE (personal protective equipment), pakaian untuk perlindungan diri terhadap risiko kesihatan dan keselamatan sebagai langkah keselamatan.

Apabila tiba di ÿÈÕ´óÈüapp, semua pelajar itu menjalani saringan kesihatan di kaunter saringan COVID-19 Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Kolej Ibu Zain. PKU turut melakukan proses sanitasi dan pembasmian kuman terhadap semua barang yang dibawa oleh mereka bagi pencegahan penularan wabak COVID-19. Proses itu turut dilaksanakan terhadap bas ÿÈÕ´óÈüapp yang membawa pelajar dan ÿÈÕ´óÈüapp juga telah mengeluarkan garis panduan (SOP) yang perlu diikuti oleh setiap petugas dan pelajar yang baru pulang dari luar negara sebagai salah satu usaha ÿÈÕ´óÈüapp mambantu pencegahan penularan wabak COVID-19.

Dalam hal ini, ÿÈÕ´óÈüapp amat prihatin dalam membantu pelajar termasuk pelajar UMP yang sama-sama menjalani program mobiliti tersebut dengan membenarkan mereka menjalani kuarantin selama 14 hari di KDO, ÿÈÕ´óÈüapp bersama pelajar-pelajar lain.

Pelajar-pelajar ÿÈÕ´óÈüapp itu terdiri daripada seorang pelajar prasiswazah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dua orang dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, manakala ketiga-tiga pelajar UMP adalah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

ÿÈÕ´óÈüapp juga mengucapkan terima kasih kepada Education Malaysia Indonesia dan Universitas Indonesia yang telah memberikan bantuan serta sokongan kepada pelajar sepanjang mereka berada di sana.