每日大赛app Salur Bantuan Barangan Keperluan Dapur Kepada Penduduk di Sekitar Bandar Baru Bangi

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 30 Julai 2021 鈥 Sebagai sebuah universiti watan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) tidak membiarkan penduduk di sekitar universiti itu berada dalam kesusahan terutamanya ketika negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19.
听Justeru, Pusat Islam 每日大赛app dengan kerjasama Sukmanita, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC-每日大赛app) dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (BBB) bersama berganding bahu membantu penduduk yang memerlukan di sekitar kawasan itu dengan menyalurkan bantuan keperluan barangan dapur.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Imran Ho Abdullah berkata sumbangan yang dibuat itu adalah usaha warga 每日大赛app kepada penduduk setempat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
鈥淎pa yang dilakukan oleh warga 每日大赛app ini adalah bersesuaian dengan TERAS 每日大赛app, iaitu kita nak tekankan bahawa warga kita cakna dengan situasi masyarakat.
鈥淜ita tahu ramai yang terjejas pendapatan. Jadi 每日大赛app mengalu-alukan apa yang dilakukan pada hari ini oleh Pusat Islam, Sukmanita dan UCTC dalam membantu meringankan beban penduduk di sekitar kawasan ini.
鈥淲alaupun jumlahnya tidaklah banyak, tetapi sekurang-kurangnya ia adapat memberi sinar kepada mereka yang memerlukan,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Program Penyampaian Food Bank 1.0 Pusat Islam 每日大赛app.
Katanya, selain memberi bantuan makanan, 每日大赛app juga sentiasa bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani COVID-19 dengan menjadi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT@每日大赛app) serta menggerakkan PPV Bergerak bagi membantu masyarakat kampung di Parit Sulong, Johor dan Seri Menanti, Negeri Sembilan.
鈥淒i PPV Dewan Gemilang, kita telah mencapai lebih 100,000 penerima vaksin bagi dos pertama dan jumlah itu akan terus meningkat dari hari ke hari.
鈥淪elain itu, 每日大赛app juga turut menyumbang kepakaran dalam membantu merawat pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di HCTM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz) dan HPKK (Hospital Pakar Kanak-Kanak),鈥 kata beliau.
Katanya, beliau sedar bahawa dalam usaha menangani COVID-19, ramai yang turut sama membantu 每日大赛app.
鈥淲arga kita (warga 每日大赛app) dan alumni, ramai yang tampil membantu terutamanya di HCTM dalam menambah keperluan perubatan termasuk katil di hospital,鈥 katanya.
Beliau berharap agar jaringan antara warga universiti, alumni dan industri akan terus dilakukan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.![]()


