每日大赛app Sediakan Kenderaan Khas OKU

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 4 April 2018 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menyediakan kenderaan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) iaitu van bagi memudahkan pergerakan pelajar kurang upaya menghadiri kuliah atau aktiviti kokurikulum sekitar kampus.
Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, usaha itu adalah penting menjadikan 每日大赛app sebagai sebuah kampus yang mesra OKU.
鈥淒engan adanya kenderaan khas ini, ia akan memberi keyakinan kepada pihak luar terhadap 每日大赛app dalam menjaga kesejahteraan golongan OKU,鈥 katanya semasa majlis Penyerahan Kenderaam Khas OKU 每日大赛app di sini, baru-baru ini.
Van yang berharga RM180,000 itu adalah sumbangan daripada Tabung Amanah Zakat 每日大赛app.
Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan berkata banyak manfat yang boleh digunakan hasil daripada kutipan zakat 每日大赛app.
鈥淎ntaranya ialah dengan membeli van khas ini bagi menjaga kesejahteraan dan kebajikan OKU khususnya dalam kalangan pelajar,鈥 katanya.
Beliau turut melahirkan harapan usaha sedemikian akan diteruskan dengan projek baharu atau menambah baik kemudahan sedia ada.
Van tersebut dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk mesra OKU dan sistem hidrolik terkini bagi mereka yang berkerusi roda.
Sementara itu, seorang pelajar OKU, Nurul Syaida Md Zuki, pelajar tahun satu Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan berkata dengan adanya van tersebut, pergerakan pelajar OKU terutamanya yang berkerusi roda akan menjadi lebih mudah.
鈥淚ni adalah usaha yang bagus pihak universiti kerana sebelum ini, pelajar yang berkerusi roda perlu meminta bantuan kawan-kawan untuk ke kelas. Mereka perlu menumpang kenderaan kawan-kawan jika mahu menghadiri kuliah atau aktiviti kampus,鈥 katanya.![]()

