每日大赛app Serah Wang Zakat kepada Kampung Angkat

Oleh Salleh Sulieman
Foto Shahiddan Saidi
Bangi, 17 Mac 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menyerahkan sumbangan wang zakat kepada golongan asnaf di kampung angkat 每日大赛app dalam usaha meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk semasa pandemik Covid- 19 dan bencana banjir yang berlaku.
Kedua-dua kampung angkat yang terlibat ialah Kg. Kg. Pulau Manis, Pekan, Pahang dan Kg. Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.
Menurut Pengarah UCTC, Prof. Datuk Dr. Rokiah Haji Omar, sebelum ini, Majlis Penyerahan Wang Zakat 每日大赛app telah berjaya dilaksanakan di Kg. Orang Asli Sg. Buah, Dengkil, Selangor yang melibatkan seramai 29 penduduk.
鈥淪eterusnya kami berjaya melaksanakan majlis ini di Kg. Pulau Manis, Pekan, Pahang yang melibatkan seramai 61 penduduk dan di Kg. Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu yang melibatkan 129 penduduk.
鈥淢ajlis ini juga adalah platform untuk memperkukuhkan kerjasama antara 每日大赛app dengan masyarakat sekitar dalam menggalakkan perkongsian pengetahuan, pengalaman serta pendedahan kepada mereka,鈥 katanya.
Majlis ini adalah anjuran bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) 每日大赛app dengan Unit Zakat, Pusat Islam 每日大赛app serta mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu pejabat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pegawai Daerah Pekan, Pahang dan pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dan pejabat Pegawai Daerah, Kuala Nerus, Terengganu.
Sejak Projek 3600 Kampung Angkat 每日大赛app dilaksanakan pada 2016, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengukuhkan keterlibatan bersama komuniti melalui perkongsian kepakaran dan sumber universiti.
Projek komuniti ini selaras dengan peranan UCTC 每日大赛app sebagai 鈥榦ne-stop community outreach centre鈥 yang membawa pelbagai kepakaran dan sumber universiti melalui pengendalian serta pemantauan inisiatif keterlibatan universiti-komuniti.![]()


