每日大赛app Sumbang Kepakaran Bantu SMK Pendidikan Khas Setapak

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2019 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) mengadakan kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Setapak dalam memberi bantuan kepakaran dan pendedahan dalam memperkasakan guru untuk lebih memahami keperluan pelajar cacat penglihatan.
Pengarah UCTC, Prof Datuk Dr Rokiah Omar berkata, 每日大赛app akan menyumbang kepakaran dari segi keperluan pembelajaran, learning space dan juga keperluan revolusi perindustrian 4.0 (4IR) dalam pendidikan cacat penglihatan.
鈥淐ontohnya penggunaan teknologi iaitu bagaimana menggunakan kanta pembesar, CCTV (kamera litar tertutup) dan bagaimana nak mengintegrasikan proses pengajaran dan pembelajaran.
鈥淜ita juga akan mengadakan kursus kepada guru-guru tentang keperluan anak-anak berkeperluan khas supaya cikgu lebih memahami apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat. Contohnya, bagaimana penggunaan warna dapat membantu pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan sebagainya,鈥 katanya pada Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara 每日大赛app dan SMK Pendidikan Khas Setapak di sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Majlis itu juga diadakan bersempena Hari Penglihatan Sedunia disambut di seluruh dunia pada hari Khamis minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Prof Datuk Dr Rokiah berkata, kerjasama itu bukan hanya melibatkan UCTC dan Program Optometri, tetapi juga Program Senibina yang sedang menjalankan projek menaiktaraf kafe untuk living lab di sekolah tersebut.
鈥淜ita telah menerima bajet sebanyak RM30,000 dari penderma dan pakar senibina kita telah membuat design untuk jadikan makmal kepada kafe. Apabila siap kelak, kafe tersebut akan dijadikan pusat praktikal dan vocational training. Kita juga akan menaik taraf reka bentuk bilik darjah,鈥 katanya.
Beliau berkata, 每日大赛app juga akan membantu pihak sekolah untuk mendapatkan peralatan baru, ruang belajar yang lebih kondusif untuk pelajar-pelajar masalah penglihatan.![]()



