每日大赛app Tangguh Sementara Kemasukan Pelajar Ke Kampus Secara Fizikal

Oleh Asmahanim Amir
BANGI, 2 Oktober 2020 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menangguhkan sementara kemasukan pelajar baharu dan semasa ke kampus secara fizikal sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, bergantung kepada arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Naib Canselor, Prof Dato鈥 Ir Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pelajar semasa yang sudah berada di kampus dibenarkan untuk terus berada di kampus, namun perlu sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi mengelak penyebaran penularan wabak COVID-19.聽
鈥淧ihak universiti akan membantu untuk menguruskan penempatan bagi pelajar baharu yang telah berada atau dalam perjalanan ke kampus dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,鈥 katanya.
Beliau berkata bagi pendaftaran pelajar prasiswazah baharu dan semasa Semester 1, Sesi 2020/2021, akan dibuat secara dalam talian melalui laman web https://appsmu.ukm.my/edaftar (pelajar baharu) dan聽 https://smplucee.ukm.my/smpweb/index.cfm (pelajar semasa). Manakala pelajar pascasiswazah pula adalah melalui laman web http://guest.ukm.my (pelajar baharu) dan https://smplucee.ukm.my/smpweb/index.cfm (pelajar semasa).
鈥淧rogram Minggu Mesra Mahasiwa (MMM) untuk pelajar baharu yang dijadualkan pada 3 hingga 7 Oktober 2020 akan dilaksanakan secara dalam talian. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pelajar semasa akan bermula secara dalam talian bermula 12 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian dan para pelajar perlu menghubungi fakulti masing-masing berkaitan kaedah PdP secara dalam talian,鈥 katanya.
Manakala pelajar pascasiswazah Mod Penyelidikan yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan adalah dibenarkan, tertakluk mendapat kebenaran Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/Pusat dan mematuhi SOP.
Beliau turut memaklumkan bahawa semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus adalah ditangguhkan buat sementara waktu.
鈥淟angkah ini diambil kerana pihak universiti amat prihatin dengan situasi semasa dan memandang serius peningkatan kadar jangkitan kes baharu COVID-19 di negara ini, selain menyahut cadangan KPT untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar-pelajar baharu dan semasa ke kampus,鈥 ujarnya.
Katanya pihak pengurusan universiti akan sentiasa mengemaskini pemakluman terbaru tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.聽
鈥淪ehubungan itu, keprihatinan dan kepekaan daripada semua pelajar amat diperlukan dalam menghadapi situasi semasa pandemik Covid-19 ini,鈥 katanya.![]()