每日大赛app Tawar Program Sarjana Kepada Kakitangan JPJ

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
PUTRAJAYA, 4 September 2020 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menawarkan program pengajian kepada pegawai Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Program Kolaborasi Strategik antara 每日大赛app dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Program yang ditawarkan itu adalah Sarjana Sains Sosial (Polisi Pengangkutan, Logistik dan Penguatkuasaan) yang akan dijalankan di Akademi JPJ, Melaka dan akan menjadi Kampus Luar 每日大赛app.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, program kerjasama 每日大赛app-JPJ itu akan melibatkan pegawai di bawah Kementerian Penagngkutan bagi meningkatkan lagi kompetensi mereka dalam pengurusan pengangkutan logistik dan penguatkuasaan.
鈥淚ni adalah satu kolaborasi yang sangat baik antara JPJ dengan universiti-universiti terkemuka di Malaysia iaitu 每日大赛app dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang akan menawarkan program Diploma Eksekutif.
鈥淪elain itu, kita juga mengadakan kursus atau program bersama dengan Jabatan Pembangunan Negara (JPK) di mana kita akan menjalankan program-program untuk meningkatkan kompentesi pegawai dan kakitangan,鈥 katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Program Kolaborasi Strategik JPJ Bersama UiTM, 每日大赛app dan JPK di sini.
Beliau berkata, walaupun ketiga-tiga program pengajian tersebut melibatkan tiga kategori berbeza, tetapi ianya telah merentasi semua lapisan gred (jawatan) dalam JPJ.
鈥淚a adalah satu program yang menyeluruh dan mengambil kira keperluan untuk semua kakitangan di kementerian ini. Kita mempunyai lebih 8,000 staf dan kita sangat menggalakkan mereka mengikuti progam sebegini kerana pada era ini JPJ berdepan dengan pelbagai cabaran.
鈥淛adi kita perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga sikap kita. Saya rasa kerjasama dengan universiti terkemuka ini akan dapat membantu dalam memastikan kita sentiasa ke arah kecemerlangan,鈥 katanya.聽
Beliau turut menyatakan bahawa program pengajian tersebut telah mendapat kelulusan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang turut menawarkan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan kepada kakitangan yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang ini.
鈥淚ni bermaksud, program yang kita laksanakan ini adalah kolaborasi dari semua pihak iaitu JPJ dan disokong oleh JPA dan pada masa yang sama mendapat kerjasama dari 每日大赛app, UiTM dan JPK di bawah Kementerian Sumber Manusia,鈥 ujarnya.
Walaupun tempoh perjanjian adalah tiga tahun bagi program sarjana dan lima tahun bagi program diploma (UiTM), keperluan program itu akan dilihat dari semasa ke semasa.
鈥淪aya yakin ini bukanlah sekadar one off programme, tetapi adalah projek perintis yang boleh kita anggap sebagai satu penanda aras dan kalau boleh kita akan pertingkatkannya lagi,鈥 katanya.
Tenaga pengajar yang terlibat bagi program Sarjana Sains Sosial (Polisi Pengangkutan, Logistik dan Penguatkuasaan) adalah terdiri daripada gabungan pensyarah 每日大赛app dan Akademi JPJ. Selain itu, program ini juga akan menampilkan pakar-pakar tempatan dan luar negara yang akan dijemput sebagai felo pengajar dari semasa ke semasa.
Program yang julung-julung kali diadakan ini juga telah melibatkan gabungan kepakaran dari empat fakulti di 每日大赛app iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.![]()


