每日大赛app Terima 91 Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sains Citra

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 4 September 2018 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) buat julung kalinya menerima 91 pelajar bagi mengikuti kursus pengajian baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Citra dengan Kepujian di bawah Pusat Citra Universiti.
Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kursus Sains Citra adalah satu bentuk pendidikan yang baharu dan 每日大赛app adalah universiti awam yang pertama menawar dan memperkenalkan program tersebut.
鈥淧rogram pengajian ini (Sains Citra) adalah wonderful. Pelajar yang mengikuti program pengajian ini akan melalui kaedah 2u2i, iaitu mereka hanya berada dua tahun di universiti dan dua tahun dalam industri.
鈥淚jazah Sarjana Muda Sains Citra adalah pembelajaran berasaskan pekerjaan bagi meningkatkan ketersediaan pelajar untuk memasuki industri setelah tamat pengajian,鈥 katanya semasa Sidang Media Pedaftaran Pelajar Baharu Sesi Akademik 2018-2019, di Kolej Burhanuddin Helmi, di sini baru-baru ini.
Salah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Citra, Nur Amira Muzaffar Shah, 20, berkata beliau menukar pilihan pertama pengajiannya kepada Sains Citra selepas mengetahui mengenai keunikan program itu melalui kawannya.
鈥淧ada mulanya kawan saya mendapat tahu tentang program pengajian ini melalui laman Instagram Angkasawan Negara (Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha) semasa pelancaran kursus ini.
鈥淛adi, saya mula mencari maklumat tentang kursus ini dan saya dapati kursus Sains Citra sangat bagus kerana ia memberi peluang kepada pelajar untuk memilih sendiri bidang yang diminati,鈥 katanya.
Beliau berharap program Sains Citra dapat memenuhi kehendak pelajar dan keperluan industri.
Sementara itu, ibunya, Habibah Mohd Yaacob berkata beliau tidak menghalang anak keduanya untuk mengikuti program baharu tersebut.
鈥淚tu adalah pihan dia. Biar dia yang pilih apa yang dia minat. Sebagai seorang ibu, saya sentiasa menyokong minatnya. Saya bagi kebebasan untuk Amira tentukan apa yang dia mahu belajar,鈥 katanya.![]()


