每日大赛app

每日大赛app Terima Dana RM181,139 daripada UMW Toyota Motor Bina KKL Eco-Home Village


Oleh Muhammad Fikri Abdullah
Foto Ikhwan Hashim

SEMENYEH, 11 Mac 2019 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakullti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menerima sumbangan dana berjumlah RM 181,139 daripada UMW Toyota Motor bagi membina KKL Eco-Home Village Resort di perkampungan orang Asli, Kampung Kachau Luar (KKL), Semenyih, Selangor.

Projek berkenaan adalah di bawah inisiatif Mobilizing Youth for Sustainable Change oleh FEP bertujuan untuk membolehkan belia Orang Asli membantu komuniti mereka berdaya tahan dan mewujudkan hubungan yang berharga dengan masyarakat umum selain memperkasa ekonomi mereka.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah, usaha-usaha untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan sosio ekonomi masyarakat melalui penyelidikan yang dijalankan sentiasa menjadi keutamaan 每日大赛app bagi meningkatkan taraf kehidupan mampan jangka panjang termasuk kepada masayarakat orang Asli.

鈥淧engurusan dan penginapan chalet yang bakal disiapkan nanti juga akan menyediakan pekerjaan untuk komuniti orang Asli dan dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Cek Toyota Classic UMW Toyota Motor kepada 每日大赛app di Dewan Masyarakat Kampung Kichau Luar, baru-baru ini.

KKL Eco-Home Village Resort mensasarkan untuk membina 20 unitchalet menggunakan teknologi hijau MCM GreenMan 鈥淥ff Grid鈥 Modular Building System yang mesra alam.

Ketika ini, pengurusan resort akan dilakukan oleh masyarakat Orang Asli KKL bersama 每日大赛app, rakan kongsi, pelajar dan sukarelawan sebelum diserahkan kepada masayarakat Orang Asli setelah latihan dan bimbingan dalam tempoh tertentu.

Penyerahan dana tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyuma kepada Prof Dato鈥 Dr Imran Ho di balai raya kampung tersebut. Turut hadir adalah Dekan FEP, Prof Dr Norman Md Salleh dan Pengarah UMW Toyota Motor, Mohd Shamsor Mhd Zain.

Dana tersebut diperoleh melalui Konsert Toyota Classic 2018 yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas pada November 2018. Melalui konsert itu, UMW Toyota Motor telah berjaya mengumpul sebanyak RM363,000 dan jumlah itu dibahagikan sama rata kepada 每日大赛app untuk projek Eco-Home Village Resort dan Universiti Malaya yang menjalankan penyelidikan berkenaan dengan tenaga keterbaharuan.