每日大赛app Terima RM250,000 dari ExxonMobil untuk Program STEM

Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos 2017 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), melalui Fakulti Pendididkan (FPend), menerima dana sebanyak RM250,000 daripada ExxonMobil bagi melatih 64 guru di Terengganu.
64 guru tersebut adalah daripada sekolah rendah dan menengah yang dipilih menjadi jurulatih utama program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) untuk memperkasakan pengajaran subjek sains dan matematik dalam darjah melalui penggunaan pendekatan sains bersepadu.
Pendekatan bersepadu merujuk kepada integrasi elemen-elemen STEM dalam pengajaran, pembelajaran berasaskan inkuiri dan penghasilan hipotesis melalui orientasi projek.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata sumbangan itu menunjukkan adanya hubungan penyelidikan yang erat antara universiti dan industri.
鈥淯ntuk fasa pertama ,yang dijangka akan bermula pada September ini, pakar-pakar 每日大赛app akan ke Terengganu untuk memberi latihan melalui program training of trainers (ToT).
鈥淜emudian, pada fasa kedua pula, guru-guru akan melaksanakan program STEM diperingkat daerah,鈥 katanya selepas majlis Penyampaian Sumbangan ExxonMobil untuk Program-program Pendidikan dan kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017, baru-baru ini.
Pensyarah Kanan FPend 每日大赛app, Dr Mohamad Sattar Rasul berkata mereka menggunakan rangka kerja dari Bitara 每日大赛app untuk melatih guru-guru tersebut.
鈥淜erangka tersebut adalah hasil daripada kolaborasi bersama New York Academy of Sciences (NYAS),鈥 katanya.
Sementara itu, Pengerusi Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Edward Graham, berkata sumbangan yang diberikan itu adalah bagi menyokong inisiatif STEM dan Bahasa Inggeris yang disasarkan kepada pelajar dan guru.
鈥淜ajian dalam bidang pendidikan mendapati bahawa guru adalah faktor utama dalam mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar,鈥 katanya.
Beliau berkata matlamat program itu adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih efektif, menarik dan releven.![]()

