每日大赛app Tingkat Tahap Kebolehpasaran Graduan

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 24 November 2021 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mengangkat kebolehpasaran graduan ke dalam agenda utama Universiti bagi memastikan graduan universiti itu sentiasa releven dengan kehendak majikan.
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin berkata pengetahuan akademik semata-mata belum cukup untuk mempersiap graduan ke alam pekerjaan sebenar.
鈥淜ita perlu mempersiapkan pelajar dengan sijil-sijil profesional atau kompetensi yang dapat memberi nilai tambah kepada pelajar selain mempersiapkan mereka ke arah pekerjaan masa hadapan.
鈥淧engembangan dan penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) juga amat penting dan boleh menjadikan graduan 每日大赛app lebih menyerlah berbanding graduan universiti lain,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Program 每日大赛app Virtual Career Exhibition 2021 yang diadakan secara maya, semalam.
Beliau berkata mengambil kira impak pandemik COVID-19, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengunjurkan 25 peratus bakal graduan mungkin terjejas dari segi peluang untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.
鈥淢enyedari hal ini, program ini diadakan bagi meningkatkan bilangan graduan 每日大赛app yang memperolehi pekerjaan dalam tempoh masa enam bulan selepas tamat pengajian.
鈥淧rogram ini menyediakan satu platform untuk graduan memuat naik resume secara dalam talian yang dapat dicapai secara terus oleh pihak majikan,鈥 kata beliau.
Selain itu, katanya platform itu juga dapat menghubungkan graduan dengan majikan sekaligus memudahkan pencarian pekerja dan pekerjaan untuk majikan dan graduan.
鈥淪aya berpendapat usaha ini amatlah bertepatan dengan era digital yang kian bergerak pantas yang menuntut para pelajar dan graduan juga bergerak seiring dengan perubahan ini.
鈥淪aya dimaklumkan terdapat lebih 30 syarikat terlibat dalam program ini yang menawarkan tempat bagi menjalani latihan industri dalam pelbagai bidang seperti Sunway Construction, AMD, Mydin. Schlumberger, KRU dan Colgate.
鈥淏esar harapan saya agar inisiatif seperti ini dapat membantu para graduan untuk mencari pekerjaan yang sesuai mengikut bidang masing-masing. 每日大赛app merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan komitmen syarikat yang terlibat dalam program ini,鈥 katanya.
Katanya, dengan sinergi, permuafakatan dan kerjasama erat semua pihak yang berkenaan sama ada daripada sektor awam, swasta atau pendidikan tinggi, matlamat meningkatkan kebolehpasaran graduan dapat direalisasikan melalui komitmen strategik dalam bentuk inisiatif yang realistik, praktikal, dan efektif.![]()
