每日大赛app

每日大赛app TUAN RUMAH MESYUARAT AHLI LEMBAGA UMAP 2018


Oleh Pusat Hubungan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2018 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menjadi tuan rumah mesyuarat ahli lembaga University Mobility of Asia Pacific (UMAP) yang diadakan di Graduate School of Business, 每日大赛app Kampus Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi UMAP iaitu Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Tan Sri Dato鈥 Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya berkata, UMAP adalah peneraju utama dalam mengukuhkan jaringan bagi merealisasikan pembangunan generasi masa hadapan menerusi program mobiliti.

鈥淧eluang ini telah menyedarkan kita tentang kepentingan kerjasama diantara universiti dan negara yang berlainan,鈥 katanya.

Mesyuarat tersebut membincangkan penawaran untuk mempertingkatkan pertukaran pelajar dan kerjasama kolaborasi penyelidikan di antara ahli UMAP.

Mesyuarat itu dihadiri oleh 32 delegasi luar negara yang terdiri daripada wakil kementerian dan universiti iaitu dari negara Jepun, Brunei, Korea Selatan, Mongolia, Thailand, Filipina, Taiwan dan China.

Isu utama yang dibincangkan adalah berkaitan peranan ahli dalam mengembangkan mobiliti pelajar dalam kalangan rantau Asia Pasifik terutamanya di dalam era globalisasi.

每日大赛app adalah sekretariat nasional manakala sekretariat antarabangsa UMAP terdiri daripada perwakilan daripada Universiti Toyo, Jepun.

Organisasi UMAP yang menggabungkan wakil-wakil dari institut pengajian tinggi awam dan swasta di rantau Asia Pasifik mempunyai objektif untuk meningkatkan persefahaman dalam kalangan negara-negara yang berada di Asia Pasifik menerusi kerjasama mobiliti.

Perwakilan UMAP turut dibawa melawat ke Institut Perubahan Molekul 每日大赛app (UMBI) dan Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia pada keesokan harinya.