每日大赛app

每日大赛app, UIKA Meterai MoU Untuk Teruskan Kerjasama Akademik


Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 21 Oktober 2021 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Pengajian Islam (FPI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universitas Ibn Khaldun Bogor (UIKA) bagi meneruskan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua institusi tersebut.

MoU itu dimeterai antara Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Dr. Norazah Mohd Nordin dan Rektor UIKA Dr. H. Endin Mujahidin dalam majlis yang dijalankan secara dalam talian menerusi platform Zoom.

Prof. Dato鈥 Dr. Norazah dalam ucapannya berkata 每日大赛app dan UIKA secara rasminya meneruskan ikatan hubungan yang telah sedia terjalin sebelum ini dalam bidang akademik dan penyelidikan melalui MoU tersebut.

鈥淪aya mengharapkan agar MoU ini dapat melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan untuk manfaat ummah dari kedua-dua negara.

鈥淜erjasama penyelidikan antara 每日大赛app dan UIKA perlu lebih digiatkan lagi kerana banyak isu masyarakat yang boleh dikongsi bersama dalam rumpun nusantara.

鈥淧enyelidikan boleh ditumpukan dalam pelbagai bidang merentasi disiplin khususnya dalam pembangunan sosio budaya dan ekonomi masyarakat pasca pandemik dalam pelbagai bidang dan adaptasi norma baharu dalam masyarakat,鈥 katanya.

Beliau juga berharap kerjasama yang dibina bukan sekadar membawa manfaat kepada dari sudut akademik tetapi akan menambah lagi hubungan baik antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Dr. H. Endin turut menzahirkan harapan beliau agar MoU ini dapat merealisasi kerjasama antara dua pihak dan meningkatkan profesional pensyarah dalam aspek pengajaran, seminar dan penerbitan ilmiah.