每日大赛app, Universiti Awam Pertama Jalin Kerjasama dengan Blackmores Institut

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 16 Mac 2017 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) adalah universiti awam pertama yang menjalinkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Blackmores bagi membina kesedaran umum tentang kepentingan perubatan komplementari.
Pengarah Institut Blackmores, Prof Madya Dr Lesley Braun berkata kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ahli farmasi Malaysia tentang perubatan komplementari dan kelebihan ubat-ubatan konvensional.
鈥淢oU ini bertujuan untuk menekankan kepentingan peranan ahli farmasi dalam memberi nasihat penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan membimbing masyarakat ke arah kesihatan yang lebih baik,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Menandatangani MoU, baru-baru ini.
Beliau berkata perubatan komplementari adalah rawatan konvensional untuk membantu individu mengurus kesihatan dalam meningkatkan kualiti hidup.
Dr Lesly berkata perjanjian itu juga menunjukkan komitmen bersama semua pihak untuk mempertingkatkan amalan farmasi kepada semua ahli farmasi.
鈥淎ntara sasaran kami untuk MoU ini adalah untuk menyediakan tempat kepada pelajar menjalani latihan industri untuk membolehkan mereka mendapat pengalaman pekerjaan dalam industri yang sebenar,鈥 tambah beliau.
Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato鈥 Dr Imran Ho Abdullah dan Dekan Fakulti Farmasi, Prof Madya Dr Jamia Azdina Jamal.![]()

