ÿմapp

Universiti Perlu Bersedia Hadapi Perubahan – Naib Canselor ÿմapp


Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 19 April 2017 – Dalam menjadikan universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) perlu bersedia menghadapi perubahan dalam melakukan inovasi, kata Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau berkata dari segi akademik, jika dahulu dan sekarang pelajar tidak boleh membawa telefon bimbit ke dewan peperiksaan atau perlu mematikan telefon bimbit tersebut, ahli akademik ÿմapp perlu fikir bagaimana cara untuk memastikan telefon tersebut bukanlah salah satu punca pelajar meniru.

“Saya tidak akan salahkan pelajar jika mereka dapat mencari jawapan melalui telefon bimbit, tetapi saya akan salahkan pensyarah kerana menyediakan soalan peperiksaan yang jawapannya boleh dicari melalui telefon bimbit,” katanya semasa Konvensyen Projek Geraknovasi ÿմapp baru-baru ini.

Beliau berkata sudah tiba masanya warga ÿմapp memikirkan inovasi yang boleh mengatasi masalah tersebut.

“Kita bukan hanya mahukan ahli akademik sahaja melakukan inovasi, tetapi staf Pengurusan dan Profesional serta staf pelaksana juga perlu memikirkan apakah inovasi yang boleh dilakukan di pejabat masing-masing,” katanya.

Beliau turut menasihatkan warga ÿմapp untuk sentiasa bersedia kerana ÿմapp mensasarkan untuk mewujudkan pengurusan, pengoperasian dan institusi yang cekap.