ÿմapp

Utamakan Keselematan, Tingkatkan Masa Produktif


Oleh: Nastura Nasir

Foto: Izwan Azman

BANGI, 17 Oktober 2018 – “Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) wajib mengutamakan aspek keselamatan dalam amalan kerja seharian bagi mengelakkan implikasi dan seterusnya meningkatkan masa produktif,” kata Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), Prof Dr Ishak Yussof.

Beliau berkata, sekiranya soal keselamatan tidak dititikberatkan dalam tugasan seharian, maka pelbagai implikasi lain yang perlu ditanggung sama ada secara langsung atau tidak langsung.dan boleh menganggu waktu produktif individu dan jabatan itu sendiri.”

“Saya yakin budaya kerja selamat dan sihat di kalangan warga ÿմapp akan lebih mudah tercapai apabila tahap kefahaman tentang Keselamatan, kesihatan dan Kelestarian di kalangan kakitangan ÿմapp adalah tinggi,” katanya sewaktu merasmikan Majlis Perasmian Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Kelestarian ÿմapp (Minggu 3K ÿմapp 2018) di Dewan Persidangan, Pusat Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) di sini baru-baru ini..

Beliau berkata, aktiviti anjuran Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH) ÿմapp ini adalah selari dengan hasrat ÿմapp ke arah Kampus Lestari melalui pelbagai program kelestarian kampus yang telah dianjurkan antaranya seperti Bengkel Penyiasatan Kebakaran, Taklimat e-waste, Taklimat Pengurusan Sisa Biologi, Hari Pengumpulan e-waste ÿմapp dan Gotong-royong Kelestarian.

Majlis turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tempat Kerja Selamat 2018 dan Anugerah Tempat Kerja Kondusif 2018.

Tahun ini tahun ke-11 ÿմapp menganjurkan Minggu 3K ÿմapp 2018 bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan serta mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan, pekerja dan orang awam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah ROSH-ÿմapp, Prof Dr. Zaidi Isa, dan Pengerusi Minggu 3K ÿմapp 2018, Puan Suzana Abu Bakar.