每日大赛app

Wacana ATMA Raikan Proses Penyuburan Warisan


Oleh: Muhammad Zaim Badrul Hisham

Foto: Pusat Komunikasi Korporat 每日大赛app

BANGI, 7 Mei 2018 鈥 Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (KITA-每日大赛app) dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan & Sosio Budaya serta Kluster Perpaduan Nasional Majlis Profesor Negara telah menganjurkan suatu siri wacana warisan nasional yang bertajuk Warisan Siam Kelantan Semperna Memperingati Siri Neng Buah.

Menurut Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana 每日大赛app, Ybhg Prof. Dato鈥 Dr. Nor Ghani Md. Nor, wacana ini berhasrat untuk menunjukkan dan meraikan proses penyuburan warisan setiap warisan ibunda dengan memberi tumpuan warisan komuniti Siam di Kelantan.

鈥淧emilihan untuk memberi tumpuan kepada komuniti ini amat bertepatan sekali.

鈥淜urangnya kesedaran dan pengetahuan tentang komuniti Siam menyebabkan tidak ramai maklum signifikasi penglibatan dan sumbangan komuniti Siam di Malaysia,鈥 ujarnya ketika merasmikan program tersebut di Bilik Senat, Canselori 每日大赛app.

Tambahnya lagi, mendiang Siri Neng Buah adalah contoh terbaik yang merentas batas etnik dan warisan Siam dalam menyulam sama antara kerjaya dan kehidupan dengan warisan nasional yang mentakrif jati diri dan semangat negara bangsa Malaysia.

Wacana ini turut menampilkan YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang merupakan Pengarah Pengasas KITA-每日大赛app sebagai pengucap tama.

Manakala barisan panel terdiri daripada En. Che Adnan Che Kadir, Dr. Lim Swee Tin, En. Pim a/l Chau Dam dan En. E Pian a/l Pro Paul serta YBhg. Prof. Dato鈥 Dr. Teo Kok Seong sebagai moderator.