Yayasan Petronas Sumbang RM6.14 Juta kepada 每日大赛app Bangunkan Penyelidikan Terapi Kanser Kanak-Kanak

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Hospital Canselor Tuanku Muhriz
CHERAS, 18 Februari 2022 鈥 Yayasan Petronas menyumbangkan RM6.14 juta kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi menjalankan kajian 鈥業nitiative for Precision Medicine in Pediatric Cancer Therapy (IMPACT): Improving Paediatric Cancer Survival Rates鈥 dalam usaha meningkatkan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Pakar Kanak-Kanak 每日大赛app (HPKK).
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) 每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Norazah Mohd Nordin berkata, terdapat kira-kira 800 kes baharu kanak-kanak didiagnosis dengan penyakit kanser di Malaysia dan angka ini dijangka akan terus meningkat.
鈥淭erdapat beberapa isu kritikal yang menyumbang kepada situasi ini termasuklah kekangan aplikasi teknik terkini dalam memantau saki-baki sel kanser dalam tubuh pesakit; pemprofilan molekul setiap kanser melalui penjujukan genom; serta pengabaian rawatan kontemporari termasuk penggunaan rawatan tradisional.
鈥淚su-isu ini akan mengakibatkan kesan yang berterusan jika keupayaan perkhidmatan dan pemantauan kanser tidak ditambahbaik,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Petronas dan 每日大赛app, di sini.
Menurutnya, projek yang diketuai oleh Prof Datuk Dr A. Rahman A. Jamal dari Institut Biologi Molekul Perubatan 每日大赛app (UMBI) ini bakal dilaksanakan melalui naik taraf fasiliti makmal, pemindahan teknologi terkini dan latihan lanjutan bagi kakitangan di pusat yang berfasiliti lengkap dan menyeluruh.
Projek ini juga akan menggunakan analisis big data bagi memahami kanser biologi dan mengenalpasti rawatan sasaran dengan membangunkan protokol rawatan kanser kanak-kanak yang lebih baik dan lebih bersasar, tambahnya.
鈥淪aya berharap dalam tempoh terdekat, projek penyelidikan ini dapat meningkatkan penjanaan ilmu baharu dalam biologi kanser dan menambahbaik keupayaan perkhidmatan makmal hematopatologi bagi pengesanan saki-baki penyakit leukemia selepas rawatan kemoterapi diberikan.
鈥淚ni akan dapat dilaksanakan dengan meningkatkan pengetahuan, sikap dan persepsi ibu bapa terhadap kepentingan keputusan rawatan yang diterima dan pematuhan kepada rawatan.
鈥淏agi kesan jangka masa panjang, kita berharap dapat mencapai 20-30% peningkatan kadar kelangsungan hidup bagi pesakit kanser kanak-kanak dan menjadikan makmal di HPKK dan UMBI sebagai pusat rujukan kebangsaan serta berakreditasi,鈥 katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis berkata jika dibandingkan dengan kanser dalam kalangan dewasa, secara statistiknya, kanser kanak-kanak adalah lebih sukar untuk dikesan.
鈥淢emahami kesan daripada penyakit ini dan kebolehupayaan kita dalam menanganinya adalah titik tolak yang menggerakkan kami untuk sama-sama menyumbang demi masa depan kanak-kanak yang terkesan.
鈥淒engan sumbangan Yayasan Petronas kepada penyelidikan ini, kami berharap dapat sama-sama berganding bahu memainkan peranan dalam memastikan kelangsungan hidup pesakit pediatrik di negara ini terutamanya kanak-kanak dari keluarga B40,鈥 katanya.![]()

