YB Menteri KPT Adakan Lawatan Kerja Ke ÿÈÕ´óÈüapp

Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 27 Januari 2023 – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi semalam telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp). Lawatan ini merupakan lawatan kerja kedua YB Menteri KPT ke Universiti Awam selepas merasmikan Karnival Penyelidikan Universiti Malaya 2022 awal tahun ini.
YB Menteri telah disambut oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp dan Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp. Lawatan kerja ini dimulakan dengan tinjauan ke tapak pameran pencapaian dan keberhasilan alumni serta hasil penyelidikan warga ÿÈÕ´óÈüapp yang telah dijalankan oleh penyelidik dan graduan ÿÈÕ´óÈüapp.
Pada lawatan yang sama, beliau turut melancarkan buku yang bertajuk Einstein di Malaya dan perkhidmatan Solar ÿÈÕ´óÈüapp. Beliau juga sempat meluangkan masa bagi melihat persembahan ringkas oleh robot hasil dari penyelidikan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bersama MOVERobotic.
Dalam siri lawatan kerja ke ÿÈÕ´óÈüapp  pada kali ini, YB Menteri turut diberi taklimat oleh Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp berkaitan status semasa, perancangan serta hala tuju ÿÈÕ´óÈüapp pada masa akan datang. Lawatan ini diadakan sebagai salah satu tanda sokongan penuh yang diberikan oleh pihak KPT dalam usaha memberi galakan kepada ÿÈÕ´óÈüapp untuk terus menghasilkan penyelidikan yang lebih berkualiti serta pengukuhan terhadap hubungan baik antara ÿÈÕ´óÈüapp dan industri.
Turut hadir, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta pengurusan tertinggi ÿÈÕ´óÈüapp.![]()
