Alumni | 每日大赛app News Portal /news 每日大赛app News Portal Wed, 17 Nov 2021 04:07:31 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Terima Anugerah Alumni Tersohor 每日大赛app /news/Latest_News/ketua-pengarah-perkhidmatan-awam-terima-anugerah-alumni-tersohor-ukm/ Wed, 17 Nov 2021 04:07:31 +0000 /news/?post_type=news&p=22183 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 16 November 2021 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dato鈥Baca Selanjutnya

The post Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Terima Anugerah Alumni Tersohor 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 16 November 2021 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dato鈥 Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman menerima Anugerah Tokoh Alumni Tersohor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) atas sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia dan 每日大赛app khususnya.

Pengurniaan anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang merupakan Canselor 每日大赛app.

Beliau yang merupakan alumni 每日大赛app dalam bidang sains pada tahun 1985 turut mengimbau kenangan indah ketika mula mengorak langkah dari Negeri Sembilan dan menjejakkan kaki ke menara gading.

鈥淪aya berbangga dapat menelusuri alam pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang teguh memartabatkan bahasa Melayu dan mengantarabangsakan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

鈥淜enangan menuntut ilmu di Fakulti Sains Hayat 每日大赛app dari tahun 1982 hingga berjaya menjulang ijazah pertama dalam tahun 1985 banyak mendidik saya tentang tingginya nilai pengetahuan dan bermaknanya erti budi,鈥 katanya.

Daripada ilmu dan pengalaman tersebut beliau membina langkah demi langkah ke arah impian dan hasrat untuk merealisasikan aspirasi negara satu masa kelak.

鈥淵ang penting, semangat dan matlamat untuk menjadi insan yang berjaya, bersahsiah tinggi dan contoh terbaik kepada anak bangsa sentiasa tersemat di dada,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan & Coffee Table KPPA dan Sesi Town Hall bersama-sama Warga Universiti Awam (UA) dan Pelajar-Pelajar Tajaan JPA di Dewan Tun Abdul Razak 每日大赛app, hari ini.

Tan Sri Mohd Khairul memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1988 di Kementerian Perusahaan Awam.

Pada majlis tersebut, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan melancarkan Buku Koleksi Ucapan KPPA dan Buku Coffee Table KPPA.

Buku Koleksi Ucapan KPPA yang diterbitkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ini menghimpunkan teks-teks ucapan dalam majlis-majlis utama yang beliau hadiri manakala buku Coffee Table KPPA terbitan Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Buku coffe table tersebut mengandungi himpunan gambar-gambar majlis rasmi, program turun padang bersama-sama kumpulan sasar, pemegang taruh JPA, serta kompilasi beberapa keratan akhbar berkaitan isu-isu dalam perkhidmatan awam.

Majlis yang diadakan secara hybrid itu turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. 聽Noraini Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Profesor Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Naib-naib Canselor Universiti Awam, dan juga pelajar-pelajar tajaan JPA.

The post Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Terima Anugerah Alumni Tersohor 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Anak Bekas Pemandu Jentera Raih Anugerah Naib Canselor /news/Latest_News/anak-bekas-pemandu-jentera-raih-anugerah-naib-canselor/ Wed, 14 Apr 2021 04:25:33 +0000 /news/?post_type=news&p=21290 Oleh Nur Batrisyia dan Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 5 April 2021 – 聽Anak bekas pemandu jentera, GanBaca Selanjutnya

The post Anak Bekas Pemandu Jentera Raih Anugerah Naib Canselor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Nur Batrisyia dan Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 5 April 2021 – 聽Anak bekas pemandu jentera, Gan Jian Jie meraih Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-48.

Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina sentiasa konsisten melakar keputusan yang cemerlang pada setiap semester.

Walaupun 鈥榰lat buku鈥, tetapi Jian Jie tetap aktif berpersatuan sepanjang empat tahun di 每日大赛app.

Beliau adalah ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan ahli Majlis Exsekutif Pelajar kolej kediaman serta merupakan Duta bagi 每日大赛app Karier dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa 每日大赛app.

Di peringkat antarabangsa, Jian Jie adalah Duta Pelancongan Chiba bagi Kedutaan Pelancongan Jepun di Malaysia dan telah terpilih sebagai Delegasi Malaysia bagi program Mobiliti 鈥Oversea Chinese Relation & Business Research series 2019

Berpegang pada prinsip Without Planning, is Planning to Fail, anak kelahiran Selama, Perak itu sentiasa mempunyai perancangan dalam apa jua tindakan yang diambil.

Beliau berkata prinsip itu sentiasa menjadi penanda aras kepada kehidupan sehariannya dan memberikan satu peluang kepadanya untuk meningkatkan keyakinan diri.

鈥淜ita perlu ada perancangan. Tanpa perancangan, kita telah merancang untuk gagal.

鈥淧engalaman sebenarnya penting, namun janganlah terlalu fokus kepada pelajaran semata-mata. Sebaliknya, perlu juga menitikberatkan kemahiran insaniah kerana ia merupakan satu budaya dalam 每日大赛app. Kemahiran insaniah adalah satu kemahiran yang penting untuk pembinaan jati diri pada masa depan,鈥 katanya

Anak bongsu daripada lima beradik itu bersyukur kerana kedua ibu bapanya tidak pernah menghalang beliau untuk aktif menyertai pelbagai program di 每日大赛app. Malah, katanya mereka sentiasa berada bersamanya ketika susah dan senang.

Atas kejayaannya itu, Jian Jie menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarganya, para pensyarah dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam lakaran kejayaannya itu.

The post Anak Bekas Pemandu Jentera Raih Anugerah Naib Canselor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Masyarakat Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes COVID-19 di Malaysia /news/Latest_News/masyarakat-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-covid-19-di-malaysia/ Wed, 30 Sep 2020 01:52:23 +0000 /news/?post_type=news&p=20632 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim CHERAS, 29 September 2020 鈥 Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhirBaca Selanjutnya

The post Masyarakat Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes COVID-19 di Malaysia first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

CHERAS, 29 September 2020 鈥 Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kelalaian masyarakat yang tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon.

Beliau berkata, jika masyarakat patuh dan sentiasa mengamalkan penjagaan diri, graf jangkitan COVID-19 di Malaysia yang telah menunjukkan penurunan akan dapat dilandaikan.

鈥淪ebagai contoh, kes yang berlaku di Kedah yang melibatkan petugas sebuah pusat perubatan adalah disebabkan oleh kelalain petugas tersebut dalam mematuhi SOP. Ia berlaku apabila petugas perubatan itu tidak memakai face mask (pelitup muka) semasa berhadapan dengan pesakit dan juga berhadapan dengan petugas lain.

鈥淪epatutnya mereka perlu sentiasa memakai face mask, sama seperti mereka mengendalikan pesakit COVID, walaupun pesakit itu bukan pesakit COVID-19,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan di Majlis Bicara Bersama Datuk Dr. Rohaizat Yon yang bertajuk Holistic Preparedness and Experience in Controlling COVID-19: Including Managing Fake News yang diadakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, 每日大赛app hari ini.

Beliau berkata, jika kes jangkitan terus meningkat ke tiga angka dan jumlah kes aktif terus meningkat setiap hari, tidak mustahil lock down akan dilaksanakan semula di Malaysia.

鈥淜ita perlu ambil iktibar dengan apa yang berlaku di New Zealand dan Australia. Negara mereka terpaksa di lock down semula kerana kes aktif yang sentiasa meningkat saban hari.

鈥淜ita tidak mahu jadi macam negara-negara tersebut kerana impaknya sangat besar terutamanya kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Selain itu, ekonomi negara juga akan terjejas teruk,鈥 katanya.

Datuk Dr. Rohaizat berkata, KKM telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan menghantar petugas kesihatan di Semenanjung Malaysia ke kawasan berisiko seperti Kedah dan terbaharu ke Negeri Sabah.

鈥淧etugas di belakang tabir juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penyediaan data dan info grafik. Data-data inilah yang kita gunakan untuk disampaikan kepada masyarakat secara harian melalui sidang media mahupun media sosial bagi membolehkan masyakat tahu kes jangkitan di Malaysia dan antabangsa,鈥 ujarnya.

Katanya, kepimpinan dalam krisis adalah penting kerana COVID-19 bukannya ribut, sebaliknya ia adalah tsunami dunia.

鈥淜ita tidak boleh berada pada zon selesa kerana COVID-19 ada di mana-mana. Sekiranya kita alpa, kluster baharu akan muncul. Apabila ini berlaku, kita (rakyat) akan merana, healthcare workers akan terseksa, negara akan menjadi papa kedana.聽

鈥淒alam keadaan sekarang ini, kita hanya ada tiga 鈥榲aksin鈥 sahaja iaitu face mask, hand sanitizer dan penjarakkan fizikal. Semoga kita akan berjumpa dengan vaksin yang perkasa bagi merawat penyakit ini,鈥 katanya.

Datuk Dr. Rohaizat adalah Alumni Fakulti Perubatan 每日大赛app pada 1985 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perancangan Kesihatan daripada University of New South Wales pada tahun 1991 sebelum ditauliahkan Doktor Falsafah dalam bidang Kesihatan Awam/Ekonomi Kesihatan dari 每日大赛app pada tahun 2007.

The post Masyarakat Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes COVID-19 di Malaysia first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Dr. Masliza Mahu Tingkatkan Penyelidikan Bidang Kardiovaskular di Malaysia /news/Latest_News/dr-masliza-mahu-tingkatkan-penyelidikan-bidang-kardiovaskular-di-malaysia/ Tue, 28 Jul 2020 01:21:25 +0000 /news/?post_type=news&p=20397 Oleh Asmahanim Amir Gambar dari Dr. Masliza Mahmod BANGI, 27 Julai 2020 鈥 Alumni Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr MaslizaBaca Selanjutnya

The post Dr. Masliza Mahu Tingkatkan Penyelidikan Bidang Kardiovaskular di Malaysia first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Gambar dari Dr. Masliza Mahmod

BANGI, 27 Julai 2020 鈥 Alumni Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Masliza Mahmod yang dilantik sebagai Profesor Madya di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) mahu meningkat dan menguatkan penyelidikan bidang kardiovaskular di Malaysia.

Beliau yang ditemu bual secara eksklusif oleh Portal Berita 每日大赛app berkata, ketika ini beliau dan pasukannya sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang perubatan jantung dengan pakar-pakar dari seluruh dunia.

鈥淪aya berada di Universiti Oxford untuk menjalankan pelbagai projek dan kajian perubatan yang bukan hanya memberi manfaat kepada para pesakit di UK sahaja, tetapi InsyaAllah hasilnya nanti boleh dinikmati dan dirasakan oleh masyarakat antarabangsa termasuk di Malaysia,鈥 katanya.

Katanya, beliau sangat berharap supaya ramai penyelidik dan doktor yang akan bersama-samanya untuk membina dan menguatkan lagi bidang kardiovaskular serta menambah baik bidang penyelidikan itu di Malaysia.聽

“Buat masa ini saya sedang berusaha untuk mendapatkan doktor-doktor atau saintis dari 每日大赛app atau mana-mana institut di Malaysia untuk bekerjasama dengan saya.

鈥淪aya sangat bersyukur sebab salah seorang dari pensyarah 每日大赛app sudah pun mendapat tempat bagi menjalani PhD (Ijazah Doktor Falsafah) di Oxford dibawah penyeliaan saya. Saya harap doktor-daktor lain akan lebih bersemangat dengan kejayaan beliau,鈥 ujarnya.

Dr. Masliza berkata, beliau bercita-cita untuk melakar sejarah dalam menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam bidang akademik.

鈥淪aya juga mahu Universiti Oxford dan 每日大赛app bekerjasama dalam bidang ini (kardiovaskular) dalam memberi peluang kepada penyelidik untuk menjalani latihan atau PhD di sini,鈥 katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada doktor-doktor muda supaya sentiasa yakin dan berani mengambil cabaran.

“Kejayaan boleh dicapai tidak mengira bangsa, agama, asal usul ataupun negara, asalkan kita fokus, ikhlas, tabah, bersungguh-sungguh dan bukan kerana nama.聽

鈥淜ita kena jadi masyarakat yang competitive dan setara dengan bangsa lain. Yang penting setinggi mana pun ilmu, ada orang lain yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari kita. Oleh itu, jangan meninggi diri,鈥 katanya.聽

Selain dari dilantik sebagai Profesor Madya, Dr Masliza kini mengetuai Kumpulan Penyelidikan Klinikal dan menjadi Pakar Perunding Imbasan Kardiologi di Pusat Penyelidikan Resonans Magnetik Klinikal (OCMR), Bahagian Perubatan Kardiovaskular, Universiti Oxford, United Kingdom.

The post Dr. Masliza Mahu Tingkatkan Penyelidikan Bidang Kardiovaskular di Malaysia first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Alumni 每日大赛app Dilantik Profesor Madya Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford /news/Latest_News/alumni-ukm-dilantik-profesor-madya-perubatan-kardiovaskular-di-universiti-oxford/ Fri, 17 Jul 2020 13:51:41 +0000 /news/?post_type=news&p=20364 Oleh Asmahanim Amir BANGI, 13 Julai 2020 鈥 Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Dr 聽Masliza Mahmood menjadi wanita pertama MalaysiaBaca Selanjutnya

The post Alumni 每日大赛app Dilantik Profesor Madya Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir

BANGI, 13 Julai 2020 鈥 Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Dr 聽Masliza Mahmood menjadi wanita pertama Malaysia yang dilantik sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom.

Dr Masliza memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Of Otago, New Zealand dan Ijazah Sarjana Perubatan dari 每日大赛app dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Perubatan Kardiovaskular) di University of Oxford seterusnya menjadi pensyarah di universiti tersebut.

Dalam kenyataan yang ditulis olehnya di ruangan Facebook, Dr Masliza berkata beliau bertuah kerana diberi peluang untuk meletakkan nama Malaysia di peta dunia dalam bidang perubatan kardiovaskular.

鈥淚ni adalah memori indah yang sangat berharga untuk saya. Saya sangat terharu dengan kata-kata positif, mesej-mesej yang memberi inspirasi dan ucapan tahniah yang diberikan kepada saya. Terima kasih kepada semua,鈥 katanya.

Menurut Jabatan Perubatan Radcliffe di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memberi tumpuan kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular (CMR), teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baru untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.

Dr Masliza juga turut menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).

The post Alumni 每日大赛app Dilantik Profesor Madya Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diangkat Sebagai Alumni Tersohor 2019 /news/Latest_News/datuk-dr-noor-hisham-abdullah-diangkat-sebagai-alumni-tersohor-2019/ Mon, 06 Jul 2020 03:10:28 +0000 /news/?post_type=news&p=20347 Oleh Asmahanim Amir Foto dari Facebook Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah BANGI, 6 Julai 2020 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app)Baca Selanjutnya

The post Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diangkat Sebagai Alumni Tersohor 2019 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto dari Facebook Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

BANGI, 6 Julai 2020 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menganugerahkan Alumni Tersohor 2019 kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempena Majlis Anugerah Sanjungan Kencana Fakulti Perubatan 2020.

Anugerahkan itu diberikan atas sumbangan besar beliau dalam bidang perubatan.

Dalam penulisannya di Facebook miliknya baru-baru ini, Datuk Dr Noor Hisham telah merakankan ucapan terima kasih kepada 每日大赛app terutamanya Fakulti Perubatan 每日大赛app kerana mengangkat nama beliau sebagai Alumni Tersohor Tahun 2019.

鈥淎nugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada komitmen dan dedikasi kesemua tenaga pendidik di Fakulti Perubatan 每日大赛app dan satu manifestasi kecemerlangan petugas kesihatan di mana sahaja mereka berada. Mereka adalah insan-insan istimewa yang komited, produktif, inovatif dan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat melangkaui ekspektasi,鈥 katanya.

Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan kesihatan negara adalah hasil kerjasama berpasukan setiap individu di mana setiap sumbangan walau sekecil mana pun, adalah rentetan ke arah hasil impak kesihatan yang tinggi, kos yang berpatutan dan kepuasan pelanggan yang memuaskan.

鈥淭erima kasih kepada semua warga kerja perkhidmatan kesihatan yang masih berkhidmat, mahupun yang telah bersara. Mereka sentiasa melaksanakan tugas dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan penuh dedikasi dan integriti,鈥 ujarnya.

The post Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diangkat Sebagai Alumni Tersohor 2019 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Lebih 600 Alumni 每日大赛app Bersantap Bersama Tuanku Canselor /news/Latest_News/lebih-600-alumni-ukm-bersantap-bersama-tuanku-canselor/ Thu, 28 Dec 2017 01:27:45 +0000 /news/?post_type=news&p=16445 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 12 Dis 2017 鈥 Lebih 600 alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dariBaca Selanjutnya

The post Lebih 600 Alumni 每日大赛app Bersantap Bersama Tuanku Canselor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 12 Dis 2017 鈥 Lebih 600 alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dari tahun 1973 hingga 2017 julung kalinya berkumpul pada Majlis Santapan Diraja Bersama Alumni 每日大赛app 2017 yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) baru-baru ini.

Canselor 每日大赛app, DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud mencemar duli ke majlis tesebut.

Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya berkata 每日大赛app meletakkan agenda alumni sebagai salah satu agenda penting universiti.

鈥淯niversiti perlu terus membina dan mengekalkan jaringan bersama alumni. Universiti juga memerlukan sumbangan idea dan nasihat serta maklum balas yang berguna daripada para alumni dalam usaha memacu 每日大赛app ke arah mercu kejayaan.

鈥淪aya percaya ramai dalam kalangan alumni yang berminat dan bersemangat untuk menyumbang kembali kepada universiti melalui perkongsian ilmu dan pengalaman masing-masing,鈥 katanya.

Beliau berkata 每日大赛app sekarang sedang membuat persiapan untuk menyambut ulang tahun ke 50 dalam tempoh tiga tahun lagi.

鈥淧astinya 每日大赛app akan menghadapi cabaran pendidikan tinggi dalam suasana yang berbeza dan lebih mencabar.

鈥淪aya berharap para alumni dapat duduk semeja dan berganding bahu bersama-sama 每日大赛app untuk menawarkan nilai pada tahap yang lebih tinggi kepada pembangunan masyarakat dan Negara,鈥 katanya.

Prof Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Azlan berkata keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan kepada universiti juga dapat memberi faedah yang amat bermakna dalam memperkayakan pengalaman pelajar.

Pada majlis itu juga, turut diadakan pelancaran logo Majlis Alumni dan penyerahan cek sumbangan daripada para alumni kepada tabung alumni 每日大赛app.

Dua orang Pro Canselor 每日大赛app, YAM Tunku Laxamana Tunku Dato鈥 Seri Utama Naqiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja鈥檃far dan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid turut hadir ke majlis santapan tersebut.

Antara alumni hebat yang hadir ialah Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato鈥 Sri Liow Tiong Lai, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Presiden Cyberjaya University College of Medical Science merangkap Presiden Majlis Alumni 每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Mohamad Abdul Razak.

The post Lebih 600 Alumni 每日大赛app Bersantap Bersama Tuanku Canselor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Alumni 每日大赛app Kumpulan Ke-6 Lancar Tabung Alumni 7680 /news/Latest_News/alumni-ukm-kumpulan-ke-6-lancar-tabung-alumni-7680/ Mon, 28 Aug 2017 01:33:07 +0000 /news/?post_type=news&p=16036 Oleh Alyani Azhar & Iznee Isa Foto Ikhwan Hashim BANGI, 3 Ogos 2017- Setelah hampir 37 tahun berpisah, Majlis MalamBaca Selanjutnya

The post Alumni 每日大赛app Kumpulan Ke-6 Lancar Tabung Alumni 7680 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Alyani Azhar & Iznee Isa
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 Ogos 2017- Setelah hampir 37 tahun berpisah, Majlis Malam Sejambak Kasih menyaksikan pertemuan semula alumni kumpulan keenam Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dalam mengimbau kembali kenangan silam sepanjang pengajian di 每日大赛app.

Pada majlis itu juga turut dilancarkan Tabung Alumni 每日大赛app 7680 sebagai sumbangan para alumni kepada pembangunan universiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal berkata pengurusan universiti amat mengalu-alukan sumbangan daripada alumni dan sumbangan itu akan dimanfaatkan untuk membantu pelajar 每日大赛app yang memerlukan.

Pengerusi Majlis Alumni, Dato Azis Yacub berkata majlis itu juga diadakan sebagai menghargai jasa para pensyarah 每日大赛app yang telah mendidik mereka dahulu.

鈥淒i sinilah bermula segalany,鈥 kata beliau.

Mereka juga berhasrat untuk mengekalkan hubungan erat bersama 每日大赛app melalui penubuhan sebuah koperasi alumni bagi meneruskan sumbangan kepada universiti.

Pada majlis itu, Tabung Alumni 每日大赛app telah menerima sumbangan bernilai RM10,000 daripada alumni 每日大赛app 7680.

Kemeriahan majlis dikongsi bersama kira-kira 60 alumni kumpulan keenam 每日大赛app daripada Fakulti Sastera, Sains dan Pengajian Islam yang memulakan pengajian pada tahun 1976 serta beberapa orang pensyarah mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali, Penasihat X 每日大赛app 7680, Dato鈥 Othman Desa dan Timbalan Pengarah Perhubungan Alumni, Dr Nazrul Anuar Nayan.

The post Alumni 每日大赛app Kumpulan Ke-6 Lancar Tabung Alumni 7680 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Alumni Sulung 每日大赛app Bertemu Semula /news/Latest_News/alumni-sulung-ukm-bertemu-semula/ Thu, 24 Aug 2017 03:40:34 +0000 /news/?post_type=news&p=16009 Oleh Iznee Isa Foto Shahiddan Saidi BANGI, 1 Ogos 2017- Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berjaya mengumpulkan semula 50 daripada 190Baca Selanjutnya

The post Alumni Sulung 每日大赛app Bertemu Semula first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Iznee Isa
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 1 Ogos 2017- Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berjaya mengumpulkan semula 50 daripada 190 pelajar pertama universiti dan 11 mantan pensyarah mereka di Majlis Ramah Mesra Alumni 每日大赛app 70 baru-baru ini.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan semula hubungan silaturrahim antara alumni disamping membincangkan beberapa perkara berkaitan pembangunan universiti.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah membina sebuah rumah alumni 每日大赛app bagi memudahkan para alumni berkumpul jika ada perjumpaan.

鈥淪ebenarnya, tapak untuk rumah alumni sudah ada tetapi pembinaannya terganggu atas sebab-sebab tertentu.

鈥淛adi kami di pentadbiran sedang meneruskan usaha untuk mendapatkan tapak lain untuk membina rumah alumni tersebut,鈥 kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal

Beliau turut menyarankan agar alumni dapat melibatkan diri secara aktif dalam memajukan universiti bagi menjamin masa depan 每日大赛app.

Di samping itu, Pengarah Majlis Alumni 每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Mohamad Abdul Razak menyatakan bahawa kejayaan universiti banyak bergantung kepada sumbangan alumni.

鈥淪umbangan tidak semestinya dalam bentuk fizikal atau kewangan, akan tetapi idea atau cadangan yang bernas untuk mempertingkatkan lagi prestasi universiti ini juga sudah mencukupi,鈥 kata beliau.

Cadangan untuk melancarkan tabung alumni 每日大赛app turut diketengahkan bagi membantu para pelajar yang memerlukan.

Majlis itu dimeriahkan oleh kehadiran alumi sulung 每日大赛app daripada Fakulti Sastera, Sains dan Pengajian Islam yang memulakan pengajian mereka pada tahun 1970 di kampus Lembah Pantai kemudian berpindah ke Bangi.

Turut hadir di majlis tersebut adalah mantan Naib Canselor 每日大赛app, Prof Emeritus Dato鈥 Dr Mohd Sham Sani.

The post Alumni Sulung 每日大赛app Bertemu Semula first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Pembelajaran Adalah Proses Untuk Menajamkan Fikiran 鈥 Datuk Wira Wan Mohd Nor /news/Latest_News/pembelajaran-adalah-proses-untuk-menajamkan-fikiran-datuk-wira-wan-mohd-nor/ Wed, 31 May 2017 04:27:15 +0000 /news/?post_type=news&p=15737 Oleh Nadia Sapuan Foto Ikhwan Hashim BANGI, 8 Mei 2017 鈥 Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia perlu memahami tujuanBaca Selanjutnya

The post Pembelajaran Adalah Proses Untuk Menajamkan Fikiran 鈥 Datuk Wira Wan Mohd Nor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Nadia Sapuan
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 8 Mei 2017 鈥 Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia perlu memahami tujuan mereka menuntut ilmu di universiti supaya mereka lebih bersemangat dalam pembelajaran dan menghargai ilmu tersebut di kemudian hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata mahasiswa perlu memahami tujuan mereka belajar bukan semata-mata kerana ilmu sebaliknya ia adalah untuk menajamkan fikiran mereka untuk kegunaan pada masa hadapan.

鈥淐ontohnya seperti kita membuat eksperimen di makmal, itu semua adalah untuk mengasah pemikiran kita supaya menjadi tajam.

鈥淎pabila fikiran diasah menjadi tajam, letaklah anda di mana pun, anda tetap boleh berdikari,鈥 katanya pada program Bicara Alumni baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berkata 每日大赛app telah menganjurkan banyak program yang melibatkan para alumni kerana ia merupakan salah satu cara untuk menghubungkan para alumni dengan mahasiswa dan mahasiswi 每日大赛app.

鈥淧rogram Bicara Alumni ini adalah untuk merapatkan interaksi di antara para alumni dengan mahasiswa 每日大赛app supaya mereka dapat menjadi idola sekaligus menjadi jejak langkah kepada mahasiswa聽 untuk cemerlang dalam kerjaya mereka pada masa akan datang,鈥 katanya.

Beliau menambah, pihak 每日大赛app sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan kedatangan para alumni untuk menyumbang bakti kepada 每日大赛app.

鈥淜ekuatan sesebuah universiti terletak pada kekuatan alumninya,鈥 katanya.

The post Pembelajaran Adalah Proses Untuk Menajamkan Fikiran 鈥 Datuk Wira Wan Mohd Nor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>