Cabaran 每日大赛app setelah mencapai usia 40 tahun
SELASA, 18 MEI 2010 08:00
OLEH聽ABDUL GHANI
Bangi 18 Mei 2010 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang mencecah usia 40 tahun hari ini digesa meneruskan usaha mencapai kecemerlangan dalam penguasaan bahasa ibunda selain dari menghadapi cabaran pengantarabangsaan, pengkayaan聽khazanah ilmu, inovasi dan kreativiti.
Ini adalah di samping peranan 每日大赛app menjana ilmu dalam acuan sendiri, pemupukan suasana bugar untuk berkarya dan menjadi model autonomi, demikian titah Canselor 每日大赛app, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Muhriz ibni Almahrum Tuanku Munawir pada majlis Titah Perdana Sempena Sambutan 40 Tahun 每日大赛app di Bilik Senat, Canselori Universiti di Bangi.
Dalam titah bertajuk 鈥淯niversiti untuk Negara鈥澛爕ang disampaikan hampir sejam itu, Baginda mahu 每日大赛app bersiap siaga untuk menghadapi cabaran dalam semua aspek pada abad ke-21 khususnya menjelang 2018 untuk menjadi universiti penyelidikan terkemuka setanding dengan universiti terbaik dunia.
聽鈥溍咳沾笕黙pp harus menangani perkembangan dan tren pendidikan tinggi sedunia yang memberi dampak kepada pendidikan tinggi negara dalam cita-cita mencapai matlamat utama yang antara lain adalah pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan wahana pembinaan jati diri.
鈥淜ita tahu bahawa misi 每日大赛app dipacu oleh nilai seperti kebebasan akademik, keserakanan, etika, kesaksamaan, keberanian, amal jerih dan kesukarelawanan聽 serta matlamat yang ingin dicapai oleh universiti yang sudah dikenalpasti iaitu termasuklah cabaran membina negara bangsa, pembangunan kelestarian wilayah, tenaga keterbaharuan, informatik Islam, nanoteknologi dan bahan termaju dan kepelbagaian biologi dalam pembangunan bioteknologi,鈥 titah Baginda.
DYMM Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud turut hadir.
Baginda bertitah: 鈥淏eta percaya 每日大赛app harus terus menerus menjana ilmu yang menjadi rujukan tertinggi di peringkat global dengan memperkaya khazanah ilmu watan dan serantau. Dengan cara itu juga, 每日大赛app akan dapat聽 menarik para ilmuwan dunia datang untuk bersama-sama menyelidik dan menyebar ilmu dibina di rantau ini.鈥
Baginda menggesa cerdik pandai di 每日大赛app mengambil iktibar daripada bukti sejarah bahawa negara yang sudah membangun dapat melonjak sebagai negara maju dengan peningkatan industri melalui kekuatan ilmu, khususnya sains dan teknologi watan.
Menyentuh peranan 每日大赛app bersangkutan kedudukan Islam, Baginda mahu 每日大赛app berusaha dengan penuh gigih memastikan Islam dapat memberi segala jawapan kepada persoalan dihadapi negara seperti聽etika dalam perubatan, makanan halal, penyalahgunaan dadah, krisis moral dan etika peperangan antara lainnya.
Segala itu memerlukan cernaan fikiran untuk memberi perspektif聽 Islam kepada dunia. 鈥淎patah lagi sejarah peradaban orang Melayu menunjukkan bagaimana Islam telah membentuk bukan sahaja budaya, nilai dan keperibadian orang Melayu, bahkan masyarakat Islam bukan Melayu dan juga masyarakat di rantau ini.鈥
Menyentuh aspek pengantarabangsaan, Baginda bangga dengan peranan 每日大赛app sebagai tempat jangkauan Dunia Melayu dengan mengembalikan peranan rantau ini聽sebagai tempat pertemuan pelbagai peradaban.
Baginda turut menekankan objektif 每日大赛app untuk maju ke hadapan pada abad ke-21 bukan semata-mata mencapai matlamat itu tetapi mencapainya dengan cemerlang.
Baginda juga bangga 每日大赛app telah menafsir slogan 鈥楳engilham Harapan, Mencipta Masa Depan鈥 dengan menggubal Pelan Transformasi yang meletakkan Ekosistem Ilmu 每日大赛app sebagai wahana kecemerlangan.
Antara lain yang disentuhnya ialah:
- Pembukaan pejabat di Universiti Duisberg-Essen, Jerman untuk menjadi jendela strategik 每日大赛app kepada Eropah, termasuk Eropah Timur, selain ke Eropah Barat dan Amerika tetapi turut ke Timur Tengah dan Afrika Utara, Amerika Latin, China dan negara Islam OIC.
- Seramai 1551 orang kakitangan akademik kini sudah ada pelapis yang sedang mengikuti skim latihan sama聽ada dalam atau luar negara.
- 每日大赛app harus ke hadapan memaksimumkan segala sumber yang ada untuk mencipta produk dan proses baru, kaedah meningkatkan produktiviti dan keberkesanan serta sumber dan kerja baru.
Semua ini adalah untuk tampak dengan penuh kreatif dalam ekonomi keusahawanan global yang mencabar.
![]()