每日大赛app

Bengkel Selok-Belok Niaga Untuk Profesional Pemindahan Teknologi PPTN

ISNIN, 27 DISEMBER 2010 16:20

Oleh Ikmaluddin Ismail, 聽CEO 每日大赛app Technology Sdn Bhd
Foto oleh Ikmaluddin Ismail

BANGI, 27 Dis., 2010 鈥 Lima puluh profesional pemindahan teknologi dari berbagai-bagai universiti negara telah menghadiri bengkel intensif mengenai selok-belok dunia perniagaan聽 bagi memantapkan kemahiran mereka.

Dianjurkan bersama oleh Multimedia Development Corporation Malaysia (MDec), Pusat Inovasi Kolaboratif Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan 每日大赛app Technology Sdn Bhd, bengkel dari 13-16 Disember 2010 telah dikendalikan oleh 聽Dr David Baghurst dan Encik Terry Pollard, masing-masing ketua dan perunding kanan聽ISIS Enterprise.

ISIS Enterprise adakah satu bahagian di bawah ISIS Innovation, sebuah syarikat pemindahan teknologi Universiti Oxford, United Kingdom (UK). Encik Pollard juga seorang usahawan tamu di Pusat Inovasi Kolaboratif 每日大赛app.

Profesional Pemindahan Teknologi itu datang dari聽 每日大赛app, Universiti Putera Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Technology Malaysia (UTM), Universiti Multi-Media (MMU), Universiti Tenaga (UNITEN) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Bengkel amali itu meliputi berbagai-bagai-bagai aspek mengenai proses pemindahan teknologi termasuk paten, pelesenan, kaji selidik pasaran, penjualan & pemasaran, rundingan, cara membentuk anak syarikat, pelan dan model perniagaan.

Para peserta juga didedahkan kepada cara ISIS Innovation di Universiti Oxford mengendalikan pemindahan teknologi, selain amalan terbaik dalam dunia perniagaan.

Pendekatan dari 鈥渂uaian hingga ke kubur鈥 memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari seluruh proses pemindahan teknologi mulai daripada masa penyelidik memaklumkan kepada pihak universiti tentang ciptaannya hinggalah ciptaan itu dikomersialkan menerusi lesen atau anak syarikat universiti.

Para peserta juga dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana mereka diberi contoh kaji Universiti Oxford untuk dinilai dan dibentangkan.

Menteri Pelajaran Tinggi Dato鈥 Seri Mohamed Khaled Nordin turut membuat lawatan singkat ke bengkel itu, diiringi oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Tan Sri Dato鈥 Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin.