Debat atasi masalah graduan kurang kritis dan pasif
Isnin, 13 Disember 2010 16:45
Oleh Abdul Ghani Nasir
Foto oleh Abd. Raai Osman (Penerbit 每日大赛app)
BANGI, 13 Dis. 2010 鈥揇ebat sebagai satu latihan intelektual telah disyor dijadikan sebahagian daripada kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di semua institut pengajian tinggi (IPT).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang membuat syor itu hari ini berkata bahawa mahasiswa akan digalakkan bertanya dan berhujah dalam kuliah melalui kaedah debat. Dengan itu tidak akan timbul soal graduan kurang kritis dan pasif dalam pekerjaan yang menjadi rungutan ramai majikan hari ini.
鈥淢alah keadaan diburukkan lagi dengan persepsi graduan tempatan pasif berbanding dengan graduan luar negara kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran di sana聽yang lebih interaktif,鈥 katanya ketika berucap merasmikan pertandingan akhir Debat 1Malaysia antara Institusi Pengajian Tinggi 2010, anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) di sini, hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa debat boleh membantu mengatasi masalah kekurangan intelektual yang berlaku dalam negara sekarang. Sebagai galakkan, KPT telah memperuntukkan RM365,000 tahun ini bagi pembangunan aktiviti debat.
Saifudin mahu MADUM menyediakan satu platform di universiti masing-masing agar sebuah unit khusus dibentuk bagi mengurus hal-hal perdebatan dan pengucapan awam seperti MASUM ada Pusat Sukan dan MAKUM ada Pusat Kebudayaannya.
鈥淚nilah salah satu cara kita boleh meningkatkan 鈥楲earning Outcome Kemahiran Insaniah鈥 para mahasiswa dan akhirnya menjana keboleh pasaran para graduan.
鈥淒engan adanya unit khusus yang mengendalikan aktiviti debat dan pengucapan awam di universiti, saya percaya era kepemimpinan mahasiswa awal tujuh puluhan dapat dihidupkan semula.
鈥淪peaker Corner yang menjadi medan para mahasiswa mengasah bakat dapat dilaksanakan, ketandusan kepemimpinan yang serba boleh dapat dilahirkan, keberkesanan berkomunikasi serta ketrampilan diri mahasiswa dapat diserlahkan,鈥 kata beliau.
Sementara itu, Naib Canselor 每日大赛app Prof Tan Sri Dato鈥櫬燚r Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dalam ucapannya berkata, 每日大赛app telah menjadi perintis dalam memperkenalkan semula Sudut Pidato sebagai platform kepada seni pengucapan umum pada Januari 2010 selepas tiga dekad ia diharamkan di IPT di seluruh negara.
鈥淪udut Pidato yang merupakan pentas popular untuk menyuarakan pandangan di kalangan mahasiswa pada era 1960-an sehingga 1970-an telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang menyumbang kepada negara dalam pelbagai bidang.
鈥淎ntaranya ialah Datuk Alimuddin Mohd Dom, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Datuk Dr Jemilah Mahmood, Presiden Mercy Malaysia; Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan dan banyak lagi individu yang mengukir nama dengan gemilang dalam arena mereka tersendiri.
鈥淒iharap penubuhan semula Sudut Pidato akan melahirkan lebih ramai tokoh ilmuwan di masa depan,鈥 tegasnya.
Di peringkat akhir debat 1Malaysia itu, Pasukan Debat UiTM mengalahkan Pasukan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
![]()
