FEP 每日大赛app tubuh tiga pusat kecemerlangan penyelidikan
ISNIN, 27 DISEMBER 2010 18:55
Oleh Abd Ghani Nasir
Foto oleh Saliman Leman
BANGI, 27 Dis, 2010 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Universiti Kebangsaan (每日大赛app) telah menubuhkan tiga Pusat Kecemerlangan Penyelidikan sejajar dengan keperluan pembangunan negara dan menjamin ia kekal relevan, kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal-ehwal Antarabangsa) Profesor Dato鈥 Dr Ir Hasan Basri.
Tiga pusat itu adalah Pusat Kajian Ekonomi Islam dan Muamalat (EKONIS), Pusat bagi Keusahawanan dan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (CESMED) dan Pusat untuk Kajian Sumber Manusia (CHREST).
Penubuhan ketiga-tiga pusat ini menggambarkan kekuatan fakulti dalam bidang penyelidikan apatah lagi graduan FEP amat penting kepada pembangunan negara, memandangkan merekalah yang akan menjadi penyelidik dan pemikir yang boleh menyumbang kepada matlamat pencapaian Model Ekonomi Baru Negara, kata beliau.
Berucap di majlis pelancaran nama FEP di bangunan fakulti berkenaan, Dato鈥 Dr Ir Hasan berharap fakulti itu 鈥渢idak menghampakan harapan ini dan sentiasa bersedia untuk menjadi dinamik serta peka terhadap perubahan negara dan dunia dalam menerap ilmu pengetahuan kepada pelajarnya.鈥
Beliau menarik perhatian bahawa nama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mencakupi bidang yang luas dan amat sesuai dengan halatuju baru universiti malah negara.
鈥淧erkataan pengurusan membawa erti yang amat besar dan meliputi semua aspek termasuk harta, sumber dan kepimpinan. Pencapaian sesuatu matlamat amat bergantung kepada pengurusan yang cekap.

鈥淢aka tidak hairan akhir-akhir ini aspek pengurusan menjadi agenda utama dalam perbincangan di pelbagai peringkat,鈥 katanya.
Nama baru ini juga, beliau menambah sesuai dengan program yang ditawarkan yang lebih menjurus kepada bidang pengurusan.
Ketiga-tiga pusat pengajian di bawah FEP iaitu Pusat Pengajian Ekonomi, Pusat Pengajian Pengurusan dan Pusat Pengajian Perakaunan menawarkan kursus berkaitan dengan pengurusan di peringkat prasiswazah dan siswazah.
Pihak fakulti kini sedang merangka program baru berkaitan bidang pengurusan seperti Pengurusan dan Dasar Awam.
Prof Dato鈥 Dr Ir Hasan juga memuji FEP kerana amat terserlah dalam aspek penerbitan dan terkehadapan dalam kalangan sosial sains.
Ini terbukti melalui lonjakan citation dalam Scival Spotlight pada 2009 yang naik secara mendadak dan sumbangan terbesarnya adalah dalam bidang Business Ethics dan Human Resource Management.
鈥淪aya merasa amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap usaha ini dapat diterus dan ditingkatkan di masa akan datang,鈥 ujarnya.
听
Dekan FEP, Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani pula mengumumkan ia turut menawarkan program pengajian Sarjana Ekonomi Islam selain Sarjana Keusahawanan dan Inovasi.
Beliau menarik perhatian kepada rentetan perubahan di segi nama sejak penubuhan Jabatan Ekonomi dan Perdagangan dalam Fakulti Sastera pada bulan Mei 1970.
Ia menjadi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan enam jabatan pada Januari 1974 sebelum diasingkan kepada dua fakulti iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan pada Mei 1979.
Pada April 2004, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan telah digabungkan dengan nama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
Kira-kira empat tahun kemudian iaitu 1 Januari 2008, Pusat Siswazah Perniagaan diasingkan sebagai sebuah entiti yang dikenali sebagai Graduate School of Business (GSB).
![]()