Malaysia dan Negara Amerika Latin perlu mengenali sesama mereka dengan lebih mendalam
RABU, 10 NOVEMBER 2010 19:34
Oleh Kuah Guan Oo
Foto oleh Saliman Leman
BANGI, 10 Nov. 2010 – Malaysia dan negara-negara Amerika Latin perlu menghulurkan tangan untuk mengetahui satu sama lain secara lebih dekat serta mengenal pasti matlamat bersama untuk mengujudkan kerjasama lebih rapat antara mereka.
Dagangan antara Malaysia dan negara-negara Latin Amerika kini sedang meningkat dan sudah menjadi lebih penting.
Demikian kata听Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) Prof Tan Sri Dato鈥 Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika merasmikan Simposium Antarabangsa memperingati ulang tahun ke200 kemerdekaan Amerika Latin di sini hari ini.
Simposium dua hari itu dikendalikan bersama oleh Institut Kajian Oksidental 每日大赛app (IKON) dan Kedutaan Besar Negara-negara Latin Amerika di Kuala Lumpur.听Tema persidangan ialah 鈥業dentiti Amerika Latin sebagai Matlamat Demokrasi鈥.
Antara tujuannya ialah untuk memupuk kefahaman lebih mendalam mengenai Amerika Latin selain menyedarkan kekayaan tradisi budayanya, mengenali ujudnya persefahaman antara Malaysia dan negara-negara itu serta meningkatkan hubungan rakyat ke rakyat mereka.
Antara penceramah di simposium itu ialah Duta Besar Mexico ke Malaysia Melba Pria, wakil dari Institut Sains Politik Chile Dr Manfred Wilhelmy, Ezqueil David Grimson dari Perpustakaan Kebangsaan Argentina dan Duta Besar Venezuela ke Singapura, Alfred Toro Hardy.
Prof Sharifah Hapsah berkata 每日大赛app dengan jangkauan antarabangsanya berbangga dapat menyertai perayaan memperingati ulang tahun itu kerana ia amat berminat dengan perkembangan diluar Malaysia dan kawasan sekitarnya.
每日大赛app juga adalah satu-satunya institusi akademik dirantau ini yang telah menubuhkan sebuah badan penyelidakan khusus mendekati hal ehwal negara-negara oksidental yang termasuk juga negara Amerika Latin, ia itu IKON yang telah ditubuhkan pada Okt 2002.
每日大赛app melalui IKON berhajat 听menyumbang terhadap penghuraian mengenai dunia oksidental dari sudut pandangan timur. Kefahaman dan kesedaran bersama mengenai negara masing-masing penting untuk mengujudkan dialog antara tamaddun dan budaya.
听
Menyorot kembali terhadap Koloquim Antarabangsa Pertama mengenai Amerika Latin dua tahun lalu, beliau berkata banyak yang telah berlaku sejak itu khusunya kegiatan antara IKON dan kedutaan besar negara-negara Amerika Latin yang antaranya membuahkan terjemahan buku 鈥楢LIEP鈥 oleh Prof Zakaria Ali dari IKON.
Sementara itu Duta Besar Venezuela ke Malaysia, Manuel Antonio Guzman Hernandez dalam ucapan aluannya berkata acara memperinganti 200 tahun kemerdekaan negara-negara Amerika Latin adalah suatu peristewa sejarah penting bagi mereka walau pun setiap negara Amerika Latin mencapai kemerdekaan mereka pada masa berlainan.
Apa pun perayaan itu menjadi suatu perkara yang telah berjaya dijadikan jembatan akademik antara Malaysia dengan benua Amerika Latin, tambah beliau yang menyorot terhadap kekurangan hubungan antara kedua kawasan hingga membawa kepada pandangan yang 鈥榮tereotype鈥 dan tidak betul antara mereka.
鈥淪ebab itulah kita tidak harus perkecilkan apa pun usaha yang boleh mendekatkan kedua kawasan dimana negara-negara Amerika Latin perlu mengetahui perkembangan di Malaysia dengan lebih mendalam dan sebaliknya Malaysia mengenai negara-negara kawasan itu鈥, katanya.
Simposium itu boleh menjadi satu langkah baik bagi univerisiti, rakyat dan kerajaan mengenali sesama mereka dengan lebih mendalam dan dengan itu dapat menyumbang terhadap mengujudkan dunia yang lebih baik, kata Hernandez.
![]()