每日大赛app, IJN bersetuju bekerjasama selidik penyakit jantung dan paru-paru dengan Universiti Geneva
SELASA, 09 NOVEMBER 2010 20:53
Oleh Abdul Ghani Nasir
Foto oleh Saliman Leman
Kuala Lumpur, 9 Nov, 2010 鈥揢niversiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) hari ini bersetuju dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengadakan kolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan bidang penyakit saluran jantung dan paru-paru dengan Universiti Geneva, Switzerland.
Mengumumkan ini di upacara memeterai Perjanjian Induk (MoA) antara 每日大赛app dan IJN di sini, Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri聽Dato鈥 Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin melahirkan harapan ia membolehkan 每日大赛app menghantar pelajarnya meneruskan pengajian ke tahap PhD di Universiti Geneva selain dari berkolaborasi dalam bidang penyelidikan.
Berucap di majlis menandatangani perjanjian itu di bangunan baru IJN di Jalan Tun Razak, di sini, Prof Sharifah Hapsah berkata perkara paling penting tentunya pengajian pascasiswazah, satu komponen utama kegiatan penyelidikan.
鈥淒i sinilah letaknya kekuatan 每日大赛app dan saya yakin ia adalah asas yang mengukuhkan kolaborasi 每日大赛app-IJN. Wakil-wakil dari 每日大赛app dan IJN sudah pun melawat kemudahan-kemudahan penyelidikan dan latihan di Geneva pada Mac lepas,鈥 katanya.
每日大赛app telah menandatangani satu MoU dengan IJN tiga tahun lalu yang, katanya, telah mendatangkan kesan besar terhadap perkembangan perkhidmatan mengubati penyakit saluran jantung di Pusat Perubatan 每日大赛app.
鈥淚JN adalah sebuah institut yang telah memberi begitu banyak perangsang kepada pelajar dan graduan kita. Kami begitu bangga ramai alumni 每日大赛app berkhidmat di IJN.
鈥淗ari ini Pusat Jantung dan Paru-Paru telah muncul sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan 每日大赛app. Lantas adalah wajar ia memberi tumpuan kepada penyelidikan di bawah MoA ini,鈥 kata belau.
听听
Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya 每日大赛app membangunkan Hospital Kanak-kanak dan berharap IJN akan terlibat dalam penubuhan unit Sakit Saluran Jantung Paediatrik kelak. Hospital itu akan dibina dalam masa dua tahun.
Bagi melaksanakan kegiatan di bawah MoA聽hari ini, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada mulanya diketuai oleh Prof Dato鈥 Dr Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan 每日大赛app. Dua cadangan penyelidikan satu daripada Unit Sakit Saluran Jantung 每日大赛app dan satu lagi dari IJN sudah pun dikemukakan.
Bagaimanapun, Prof Dr Sharifah Hapsah berkata kerajaan telah memperuntukkan RM800 juta sebagai gran penyelidikan dan lebih banyak cadangan perlu dikemukakan.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata dalam masa lima tahun kolaborasi di antara IJN dengan 每日大赛app itu, pihak universiti telah bersetuju menyediakan kemudahan makmal termaju dan penyelidikannya.
每日大赛app juga akan menyediakan latihan dalam bidang penyelidikan untuk kakitangan IJN di samping menyokong usaha itu dengan menyediakan kepakaran dan penasihat oleh ahli terkemuka dari fakulti perubatannya yang amat disanjungi.
IJN pula akan membantu menyediakan pengamal perunding berkelayakan dan kakitangan dengan kepakaran untuk menyelia dan memberi nasihat kepada penyelidik.
Di samping itu, IJN juga akan menyediakan latihan profesional untuk pelajar pascasiswazah, kakitangan kesihatan bersekutu, doktor dan jururawat dalam bidang sakit saluran jantung (kanak-kanak dan orang dewasa) pembedahan saluran jantung dan juga pembiusan.
Kolaborasi IJN-每日大赛app dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan juga adalah selaras usaha kerajaan dalam Rancangan Transformasi Ekonomi untuk Penjagaan Kesihatan.
Dr Jeswant Dillon, pakar perunding sakit saluran jantung IJN memberitahu media kemudian bahawa salah satu cadangan penyelidikan adalah mengenai semakin ramainya orang muda (di bawah usia 40 tahun) diserang penyakit聽 jantung.
Beliau juga mahu membuat penyelidikan lanjutan terhadap lebih 1,400 pesakit yang telah menjalani pembaikan pada injap jantung mereka.
Prof Dr Sharifah Hapsah menandatangani MoA itu bagi pihak 每日大赛app manakala IJN diwakili Dr Robaayah. Professor Beat H Walpoth, Pengarah Khidmat Penyelidikan Pembedahan Saluran Jantung, Hospital Universiti Geneva turut hadir menyaksikan pemeteraian perjanjian itu di samping Pengerusi Lembaga Pengarah IJN, Tan Sri Datu Prof Dr Mohamad Taha Arif.
![]()