ÿÈÕ´óÈüapp

31 pelajar wanita ÿÈÕ´óÈüapp sertai Program Silang Budaya

SELASA, 03 OGOS 2010 18:49
Oleh Abdul Ghani Nasir

BANGI, 3 Ogos, 2010 – Seramai 31 pelajar wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) menjadi anak angkat kepada beberapa keluarga dalam Program Silang Budaya selama empat hari berakhir Ahad lalu.

Program itu berkisar khusus kepada pengambilan ‘anak angkat’ melibatkan Persatuan Wanita ÿÈÕ´óÈüapp (SÿÈÕ´óÈüappANITA) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia ( NCWO).

Pelajar ÿÈÕ´óÈüapp daripada bangsa dan agama yang berlainan tinggal bersama ibu bapa angkat yang berlainan bangsa dan agama.

Perbezaan ini bertujuan mengintegrasikan pelajar berbilang kaum di ÿÈÕ´óÈüapp  dengan masyarakat luar yang juga terdiri dari pelbagai kaum.

Apa dilaksanakan itu jelas adalah jauh berbeza dengan program ‘anak angkat’ dibuat di kampung-kampung Melayu dan kebanyakan pelajar yang terlibat tinggal bersama ibubapa angkat yang sebangsa dan seagama dengan mereka.

Presiden NCWO merangkap Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang hadir pada majlis penyerahan anak angkat itu Khamis lalu (29hb Julai) menasihatkan pelajar agar menggunakan sepenuhnya peluang berinteraksi itu.

Mereka diingatkan berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan keluarga angkat mereka.

Program pertama berlangsung pada bulan Mei 2009 selama 4 hari 3 malam dan dijayakan oleh keluarga angkat terdiri daripada AJK NCWO dan juga dengan ahli SÿÈÕ´óÈüappANITA.

Faedah yang diperolehi melalui kerjasama antara ÿÈÕ´óÈüapp dan NCWO  adalah memperkukuh semangat integrasi dan toleransi antara bangsa dan agama di kalangan pelajar ÿÈÕ´óÈüapp dan juga  keluarga angkat mereka; mendedahkan pelajar ÿÈÕ´óÈüapp kepada aktiviti NGO; mendedahkan pelajar ÿÈÕ´óÈüapp kepada kehidupan masyarakat di luar kampus; mendidik pelajar ÿÈÕ´óÈüapp dalam menjalankan program-program berbentuk khidmat masyarakat dan menerapkan kompetensi generik dalam diri pelajar ÿÈÕ´óÈüapp.