Kegiatan berorganisasi penting bagi melahirkan pelajar cemerlang, Canselor 每日大赛app
JUMAAT, 06 OGOS 2010 14:48
Oleh Shahfizal Musa
BANGI, 6 Ogos, 2010 鈥 Pelajar universiti diingatkan bahawa kegiatan berorganisasi seperti menganjurkan berbagai aktiviti untuk orang ramai adalah听 penting dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang, berkeupayaan dan tangkas untuk bersaing selepas tamat pengajian.
Chanselor 每日大赛app, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertitah bahawa penjanaan ilmu bukan sahaja diperolehi daripada pensyarah dan bilik kuliah, tetapi juga dari kegiatan berorganisasi yang tidak kurang pentingnya dalam melahirkan pelajar cemerlang.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pesta Konvokesyen 每日大赛app di Dataran Gemilang 每日大赛app di sini malam tadi. Pesta yang dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar itu akan berlangsung hingga hari Isnin, 9hb Ogos ini.
Dijangkakan lebih dari 10,000 orang akan mengunjungi Pesta itu yang merupakan suatu acara tahunan terbesar yang dianjurkan pelajar. Ini adalah tahun ke38 ia dilangsungkan sempena Konvokasyen 每日大赛app selama empat hari yang akan bermula pada 7 Ogos.
Tuanku Muhriz 听mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga kerja pelajar atas kejayaan menganjurkan acara sebesar itu yang mampu merapatkan perhubungan antara warga 每日大赛app, para alumni dan masyarakat.
鈥淜eupayaan yang anda tunjukkan dalam menjayakan acara ini juga telah membuktikan ciri-ciri inovasi, keintelektualan dan kematangan pelajar-pelajar 每日大赛app,鈥 听titah baginda. Baginda juga mengingatkan para pelajar bahawa kebolehan mereka untuk menganjurkan pesta tersebut adalah juga suatu pengalaman pembelajaran.
Pesta itu mempunyai berbagai 听program termasuk acara sukan dan pameran kerjaya dengan kerjasama Kareer.com untuk memanfaatkan pelajar yang akan menyempurnakan pengajian mereka berikutan dengan konvokesyen 每日大赛app nanti. Pameran kerjaya itu adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mendapat maklumat mengenai peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi.
Seramai 146 pengusaha industri kecil dan sederhana menyertai pesta itu menjual berbagai produk-produk keluaran mereka. 听Beberapa program baru seperti pertandingan paintball dan berbagai permainan termasuklah sebuah rumah hantu juga diadakan untuk menghiburkan pengunjung.
Turut hadir di upacara malam tadi ialah Tunku Ampuan, Tuanku Aishah Rohani bt Almarhum Tengku Besar Mahmud, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Tan Sri Dato鈥櫶 Paduka Dr Mazlan Ahmad, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabuddin dan para pegawai kanan universiti.
![]()
听
听