Pensyarah 每日大赛app Punca Motivasi Berkesan Para Pelajar, kata Graduan Ph.D
AHAD, 08 OGOS 2010 15:18Oleh Kuah Guan Oo聽
BANGI, 8 Ogos 2010 鈥 Para pensyarah 每日大赛app adalah punca motivasi yang berkesan sekali kepada para pelajar mereka, demikian pandangan seorang graduan doktor falsafah dari Nigeria.
Beliau adalah antara 64 orang sarjana luar negara yang menerima iazah kedoktoran mereka bersama 169 rakyat Malaysia di konvokesyen ke 38 di 每日大赛app kelmarin.
Muhammed Yusuf, 42, yang berasal dari bandar Ibadan di wilayah Oyo, Nigeria, berkata untuk dissertasi ijazahnya itu dalam jurusan psikologi pendidikan, beliau telah menyelidik tentang keberkesanan diri, motivasi untuk berjaya serta strategi para pelajar tahun satu dan dua di 每日大赛app.
Beliau telah mereka satu 鈥渋nstrument鈥 atau kaedah untuk mengukur bagaimana pelajar itu telah dimotivasi untuk belajar dan strategi-strategi yang diamalkan mereka.
鈥淧elajar tahun satu dan dua itu berkata pensyarah merekalah yang memberangsangkan mereka untuk belajar; sebenarnya, semua pelajar berbilang kaum berpendapat bahawa pensyarah merekalah yang bertumpu perhatian dan memberi rangsangan kepada mereka untuk belajar,鈥 kata Muhummed Yusuf, warga Nigeria tunggal yang menerima ijazah Ph.D di antara 233 聽orang yang lain di konvokesyen 每日大赛app tahun ini.
Bagi kaedah atau pengukur yang direka itu, beliau berkata beliau memilih menumpukan fokus pada para pensyarah sebagai sumber inspirasi dan perangsang kepada pelajar.
Rumusan kajiselidik itu boleh digunapakai di mana-mana universiti dan oleh sebab itu, beliau mengesyurkan 每日大赛app merangka satu modul untuk para pensyarahnya menilai dan merangsang pelajar pada tiap-tiap permulaan penggal.
鈥淧elajar terbaik boleh dimanfaatkan untuk mengetahui kaedah pencapaian dan strategi yang mereka gunakan untuk diserapkan kepada pelajar lain kerana ia boleh mengurangkan kadar penciciran,鈥 tambah beliau.
Mengikut pendapat Muhammed Yusuf, pelajar tercicir bukan kerana mereka tidak berkebolehan tetapi sebab mereka berkurangan motivasi. 鈥淛ika mereka ini dapat diberi motivasi kadar penciciran akan dapat dikurangkan,鈥 katanya.
Beliau berkata kelakuan manusia adalah satu bidang kajian yang memikat dan menakjudkan, kerana tiap-tiap individu mempunyai perwatakannya sendiri. 鈥淪aya suka berinteraksi dengan orang lain dan dengan itu saya mahu berhadapan dengan kehidupan manusia sebenar bukannya mengenai benda abstrak.鈥
Ditanya kenapa beliau memilih untuk melanjutkan pelajarannya di 每日大赛app, beliau menerangkan bahawa dia telah menemui beberapa orang pelajar Malaysia semasa beliau belajar di Universiti Al-Azhar di Kaherah dan beliau tertarik dengan budaya dan cara hidup pelajar itu.
Beliau juga mendapat tahu mengenai 每日大赛app dan menerusi kawan senegaranya, Ahmad Oni yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau menerima borang pemohonan 每日大赛app. Selepas menerima ijazah sarjana muda dari Al-Azhar pada tahun 1995, beliau pun datang ke 每日大赛app untuk pengajian sarjananya pada tahun 2001 dan kemudiannya terus bersambung ke peringkat Ph.D.
Muhammed Yusuf yang sudah berrumah tangga dengan seorang peniaga Nigeria mempunyai dua orang anak perumpuan. Anak sulungnya, 13 tahun berada bersama oleh neneknya di Ibadan manakala anak bongsunya , 2 tahun, telah dilahir di Hospital 每日大赛app selepas isterinya datang ke Malaysia tiga tahun dulu.
Selama beliau di Malaysia, beliau dapati rakyat berbilang kaum disini amat mesra. Muhammed Yusuf kini boleh bertutur dalam 4 bahasa 鈥 Inggeris, Arab, bahasa ibondanya Yoruba dan bahasa Malaysia.
Ditanya tentang masa yang tergembiranya di sini, Muhammed Yusuf berkata beliau rasa sangat gembira sekali semasa menghadiri persidangan, seminar, forum dan bengkel di 每日大赛app. 鈥淪aya suka memperolehi ilmu dan 每日大赛app telah banyak menganjurkan seminar dan sebagainya yang saya boleh hadiri.鈥
![]()