每日大赛app banyak menyumbang kepada keperluan modal insan negara
ISNIN, 09 OGOS 2010 18:05
Oleh Abdul Ghani Nasir
BANGI,聽 9 Ogos, 2010 鈥撀 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah berjaya bukan sahaja dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan menjadi bahasa Ilmu dan rujukan intelektual tetapi memberikan sumbangan berterusan kepada pengajian tinggi terutama dalam menyediakan modal insan.
Prof Tan Sri Dato鈥 Dr聽 Abdul Shukor Hj Husin, mantan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata: 鈥淎pabila saya diminta untuk bertugas di聽USIM pada 1999 sebagai Naib Canselor, harapan, perhatian dan sokongan yang saya perlukan bagi menjayakan universiti baru ini, tertumpu kepada rakan-rakan daripada 每日大赛app.
鈥淢alah sehingga hari ini, peneraju-peneraju penting di USIM adalah terdiri daripada tenaga 每日大赛app.聽 Di kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tan Sri Naib Canselor dan seluruh kakitangan akademik yang sudi membantu USIM sehingga USIM lahir dalam bentuk yang ada sekarang.鈥
Beliau berkata demikian dalam ucapan penerimaan anugerahan Ijazah Kehormat聽Doktor Falsafah (Pengajian Islam) pada Majlis Konvokesyen 每日大赛app ke-38 di sini hari ini.
Penganugerahan itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor 每日大赛app.
Prof Dr Shukor berkata beliau amat berbangga anugerah ini datangnya dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Negara yang berprestij dan tersohor di peringkat tempatan dan global. 鈥淪aya rasa amat berbangga kerana universiti ini聽 telah mencapai tahap kejayaan yang sangat cemerlang.鈥
Beliau turut menggesa para graduan 每日大赛app agar meneruskan usaha聽bagi mencari ilmu pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran sehingga ke akhir hayat.
鈥淣abi kita Muhammad S.A.W telah menekankan perkara聽ini.聽Mulakanlah kehidupan dengan mencari ilmu (iqra) dan teruskanlah semangat iqra itu sehingga akhir hayat,鈥 katanya.
Sebelum itu, ketika menyampaikan pidato umum penganugerahan itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr Mohd Nasran bin Mohamad, berkata pada tahun 1970, Dr Shukor berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Fakulti Usuluddin, 每日大赛app.
Pada 1971, beliau berjaya mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Shams, Kaherah. Selepas itu pada tahun 1973 beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam dari聽Universiti al-Azhar.
Pada tahun 1984, beliau berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam.聽Beliau merupakan anak Melayu pertama lulus dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam dari al-Azhar.
Selepas beliau menamatkan khidmat sebagai Naib Canselor USIM, khidmatnya terus diperlukan. Pada masa ini, beliau mengetuai Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) disamping tugasnya sebagai聽 Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dibawah Majlis Raja-Raja.
Disamping dua tugas yang besar ini, beliau juga terus menabur khidmat di dalam beberapa jawatankuasa penting di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Ahli Majlis Kebangsaan Islam, JAKIM; Ahli Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang; Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji;聽Timbalan Pengerusi Akademik Fiqh Sedunia yang beribu pejabat di Arab Saudi dan sekaligus merupakan wakil Malaysia di badan tersebut.
![]()