每日大赛app

Penyelidikan Teknologi Nano dan Mikro Elektronik 每日大赛app telah wujudkan jaringan kerjasama antarabangsa

RABU, 13 OKTOBER 2010 17:54

Oleh Kuah Guan Oo
Gambar oleh Saliman Leman

BANGI, 13 Okt 2010 鈥 Institut Kejuteraan Mikro dan Elektronik Nano (IMEN) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah memetrai kerjasama dengan pihak luar dalam bidang penyelidikannya, demikian kata听 Pengarahnya, Prof Dato鈥 Dr Burhanuddin Yeop Majlis.

Antara jaringan kerjasamanya ialah Intervarsity Semiconductor Research Centre Universiti Nasional Seoul dan Univeriti Nasional Kyungpook, kedua-duanya dari Korea Selatan, Institut Sains Indonesia dan Universiti Kyoto, Jepun.

Beliau memberitahu demikian dalam taklimatnya kepada 42 orang saintis muda Asia yang melawat 每日大赛app hari Isnin. Saintis dan para akademik muda Asia yang dari Australia, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Singapura, Taiwan, Negeri Thai dan Vietnam selain dari Malaysia sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia sebagai sebahgian daripada program kedua 鈥淜hemah Asia Nanotech 2010鈥, yang dianjurkan oleh Forum Nano ASEAN.

Mereka sebelum ini telah melawat Singapura selama seminggu di bawah program yang dibiayai bersama oleh Singapura dan Malaysia. Korea Selatan akan menjadi tuan rumah khemahyang sama pada tahun depan.

Mereka telah melawat MIMOS Bhd pagi Selasa dan mengunjungi Institut Genome Malaysia,听 syarikat-syarikat Stroma, Xynergen Research, Heliks Emas dan Granar Research di sebelah petangnya.

Pelawat yang kini berada di Pulau Pinang telah juga melawat Universiti Malaya di petang Isnin.

Prof Dr Burhanuddin berkata IMEN juga menjaring kerjasama industri dengan syarikat seperti MEMS Technology Shd Bhd, MIMOS Bhd, Telekom Malaysia (Penyelidikan dan Pembangunan) dan MARDI (Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia).

Beliau telah memberi taklimat mengenai sejarah dan pembangunan 每日大赛app serta tumpuan penyelidikan IMEN sebelum membawa mereka melawat makmal-makmal IMEN dan Taman Herba 每日大赛app.

Prof Dr Weon Bae Ko dari Universiti Sahmyook yang memimpin khemah tersebut berkata penyelidikan dalam bidang ini boleh dipertingkatkan melalui kerjasama dengan pihak asing.

Beliau yang tertarik dengan saiz dan kehijauan kampus 每日大赛app serta kemudahan untuk kejuteraan mikro dan elektronik nano yang dianggapnya 鈥渁gak baik鈥 berkata penyelidikan dalam bidang tersebut telah menerima sokongan kuat dari Kerajaan Korea Selatan.

Encik Ojas Mahapatra dari Universiti Canterbury, New Zealand, berkata khemah tersebut adalah satu 鈥減engalaman pembelajaran yang luas鈥 kerana berpeluang berkenalan dengan ramai orang yang sedang bekerja di makmal masing-masing.

Ditanya tentang impak kajian teknologi nano terhadap manusia, beliau berkata ini bergantung kepada tujuan para saintis. 鈥淚ni adalah soalan lama 鈥 baik-buruk sains tergantung kepada kegunaannya oleh manusia,鈥 tambahnya.

Encik Yi Du, seorang pelajar doktor falsafah dari Universiti Wollongong, Australia, berkata beliau kagum dengan kampus 每日大赛app di mana bangunannya dikelilingi oleh pokok-pokok hutan.