每日大赛app

Pro-Canselor 每日大赛app, Tunku Naquiyuddin menggariskan Tiga Petunjuk untuk diamalkan syarikat bagi Menjamin Masa Depan Dunia

JUMAAT, 29 OKTOBER 2010 12:10

Oleh Kuah Guan Oo
Foto oleh Saliman Leman

BANGI, 29 Okt. 2010 鈥 Masa depan dunia akan terjamin kiranya semua syarikat mengamalkan dasar 听鈥榯iga penunjuk鈥 yang menggariskan prestasi dalam bidang alam sekitar, sosial dan kewangan.

Dengan itu cabaran perniagaan dewasa ini ialah bagaimana mereka boleh mengambil kira impak operasi mereka ke atas pekerja, masyarakat dan alam sekitar keseluruhannya.

Demikian kata Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Tunku Laxamana Tunku Dato鈥 Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja鈥檃far, dalam Syarahan Felo听 DiRaja听 Lestari (Institut Alam Sekitar dan Pembangunan) di sini hari ini.

Beliau menambah: 鈥渢erdapat juga desakan yang semakin kuat supaya bines sepadukan persoalan tanggungjawab sosial dengan dasar dan strategi bines sebagai misi mereka.鈥

Tunku Naquiyuddin yang juga seorang pemimpin korporat terlibat dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, bioteknologi, tenaga, perlombongan dan perkilangan telah menggariskan perkembangan konsep Pembangunan Lestari (PL) dan sikap murah hati sebagai dermawanan kapitalis (DK) dalam syarahannya.

Beliau berkata PL kerap ditakrifkan sebagai 鈥減embangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengkompromikan kehendak generasi akan datang.鈥

PL ada kaitan dengan Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) dan tidak harus dilihat hanya sebagai suatu alat perhubungan awam (PR) sebagaimana didakwa segelintir orang sebagaimana juga pandangan mereka terhadap DK (dermawanan kapitalis).

Sebenarnya PL, TSK dan DK adalah jauh lebih daripada usaha PR kerana 鈥淧L bertujuan memperbaiki kualiti hidup, pembasmian kemiskinan, melindungi alam sekitar, meningkatkan kemajuan sosial dan menggunakan sumber semula jadi dengan cermat sementara听 menjamin pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.鈥

Selaras dengan itu, perniagaan harus dikendalikan untuk mencapai dasar听 鈥渢iga penunjuk鈥 yang boleh dinilai menerusi prestasi di bidang alam sekitar, social, ekonomik atau kewangan.

Beliau telah terlibat secara peribadi dalam isu PL pada 1992 apabila menyertai Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEOs)听 syarikat gergasi dunia di satu forum 鈥淢ajlis Perniagaan Untuk Pembangunan Lestari鈥 (MPPL), untuk berbincang persoalan mengenai perniagaan dan pembangunan lestari.

Beliau menjadi ahli peneroka MPPL yang berkembang serentak dengan Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali sebagai Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992.

鈥淜ami giat menyertai proses persiapan persidangan itu dan melihat jauh daripada kehendak dan faedah terdekat syarikat kami. Serentak itu mereka juga menimbang tentang kehendak dan kepentingan generasi masa depan,鈥 kata kerabat di raja Negeri Sembilan itu yang lulus dengan ijazah B.Sc (Kepujian) dalam jurusan Ekonomi dari University of Wales di mana beliau juga mengambil jurusan Politik Antarabangsa.

Hasil dari persidangan itu pimpinan perniagaan seluruh dunia telah julung kali menimbang isu-isu PL dari perspektif global dan mencapai kata sepakat tentang perlunya satu pendekatan bersepadu didukung untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi tanpa berkompromi terhadap kedudukan alam sekitar.

Pandangan mereka itu telah dibukukan dalam naskah 鈥淏ertukar Haluan: Perspektif Global Tentang Pembangunan dan Alam Sekitar鈥澨 (鈥淐hanging Course: A Global Perspective on Development and the Environment鈥) pada 1992. Buku itu boleh disifatkan sebagai koleksi pemikiran dan keperihatinan para pemimpin itu terhadap keadaan alam sekitar, perindustrian, kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi.

Pimpinan syarikat global itu telah menzahirkan suatu gerakan atau pelan untuk bines yang boleh memberi kesan meluas dan positif kepada keseluruhan ahli peniaga. Beliau sendiri berpendapat bahawa 鈥渄alam konteks pertumbuhan ekonomi dunia, pembangunan lestari penting untuk mengingatkan para peniaga bahawa strategi bines mereka harus bersepadu dengan perlindungan alam sekitar sebagai satu prinsip utama.鈥

Tunku Naquiyuddin berkata MPPL Dunia pada masa ini adalah satu gerakan yang dipimpin oleh CEOs, atau satu persatuan yang terdiri dari lebih-kurang 200 syarikat antarabangsa yang prihatin terhadap corak perniagaan dan pembangunan lestari.

MPPL telah mewujudkan satu platform yang walaupun masih tertumpu kepada perniagaan, ia juga berkait dengan pandangan peribadinya bahawa dalam masa mahu mewujudkan kehidupan selesa ia seharusnya bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi juga sebagai warisan untuk anak cucu kita dan generasi akan datang,鈥 kata Tunku Naquiyuddin, yang juga seorang ahli majlis MPPL.

Beliau adalah antara mereka yang menubuhkan MPPL Malaysia kerana amat dipengaruhi deklarasi dan mandat pertubuhan induk itu. Berasakan pengetahuan dan pendirian peribadinya, beliau telah memastikan semua amalan perniagaannya ditentukan oleh sukatan PL.

Dengan kepentingan perniagaan berbagai-bagainya, beliau berkata ia tidak memeranjatkan apabila beliau berani mengharungi bidang kedermawanan kapitalisme, yang selari dengan PL dan yang tercetus daripada hasrat kedermawanan.

鈥淧ada asasnya, apa yang kita nampak ialah satu generasi penderma yang baru yang menggunakan wang mereka dengan cermat supaya boleh membawa hasil baik dengan mendukung usaha kedermawanan. Dengan itu听 Yayasan Tunku Naquiyuddin telah diwujudkan sebagai satu amalan kedermawanan kapitalisme menerusi pendidikan,鈥 tambahnya.

Beliau juga berkata walaupun potensi untuk para peniaga memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan lestari dan kedermawanan kapitalisme adalah luas, mereka masih memerlukan insentif dari Kerajaan untuk berkembang pesat.

鈥淜esimpulannya PL atau DK memerlukan komitmen, keazaman dan ketabahan. Dunia ini akan menjadi tempat lebih baik jika semua syarikat boleh berpegang pada cita-cita ini.

鈥淲alau bagaimanapun, ia memerlukan sokongan Kerajaan dan masyarakat untuk bersatu hati supaya cita-cita 鈥楤ertukar Haluan鈥 itu boleh berjaya tanpa sebarang gangguan dan halangan,鈥 tambahnya.