每日大赛app dan UI mampu lakukan transformasi minda rakyat dua negara
SELASA, 12 OKTOBER 2010 17:53
Oleh Abdul Ghani Nasir
Gambar oleh Saliman Leman
BANGI, 12 Okt. 听2010 鈥撎齍niversiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Universitas Indonesia (UI) bersama-sama mampu melakukan transformasi membawa kepada wujudnya minda lebih rasional dan matang di kalangan rakyat kedua buah negara, kata Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) 每日大赛app Prof. Ir Dr Hasan Basri.
Katanya, kedua-dua negara itu tidak mempunyai pilihan selain membentuk dan terus mengukuhkan prinsip hidup berjiran yang terbukti telah membawa kesejahteraan bersama.
Berucap di majlis perasmian Seminar SEBUMI 3, anjuran 每日大赛app dan UI di sini hari ini, beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, pelbagai program akademik perlu ditingkatkan antara kedua buah universiti.
每日大赛app, katanya, amat mengalukan penglibatan rakan-rakan akademik dari Indonesia digemblengkan bagi membentuk kolaborasi untuk mendukung lapan nic aktivitinya.
Mengenai seminar dua hari itu, beliau berkata ia penting kerana penganjurannya bertepatan dengan masa dan pada keadaan yang amat mencabar dengan wujudnya pelbagai isu yang sedang dihadapi bersama.
鈥淓ra globalisasi yang kita tempoh menyaksikan aliran maklumat menerobos masuk ke dalam minda kita dengan pelbagai bentuk sama ada positif, negatif, seimbang dan neutral. Kesannya dapat dirasai terhadap hubungan antara penduduk, masyarakat dan negara.
鈥淧elbagai pendekatan perlu dimanfaatkan bagi menjadi penyaring paling wajar dalam menghadapi berbagai-bagai听 isu yang melanda.
鈥淪alah satu alternatif yang berkesan adalah medium akademik seperti SEBUMI yang sedikit sebanyak dapat meredakan keadaan. Ini kerana para ilmuwan adalah golongan yang rasional, tidak beremosi melulu serta tidak mudah terheret kepada perangkap yang hendak merosakkan,鈥 tegas beliau.
听听
听
Sementara itu, ketika merasmikan SEBUMI 3, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin menarik perhatian betapa sejak akhir-akhir ini terdapat liputan media mengenai beberapa insiden yang sangat mendukacitakan hingga memberi kesan kepada kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.
Peristiwa yang berlaku itu telah sedikit sebanyak听 menyentuh hubungan baik yang telah terpahat begitu lama antara kedua-dua negara.
鈥淥leh kerana kedudukan berjiran dan keadaan rakyatnya听 yang saling bekerjasama, menghormati听 dan menghargai sumbangan听 yang saling melengkapi ini, pastinya keamanan, kesejahteraan dan kestabilan serantau yang berpanjangan amat diharapkan.
鈥淢alang sekali bagi kedua-dua negara jika hubungan strategik ini tercemar disebabkan angkara听 kita sendiri ataupun angkara pihak lain yang mahukan adanya hubungan bermusuhan dan syak wasangka antara mereka sedangkan hubungan akrab antara rakyat kedua negara sudah termeterai sekian lama,鈥 tegas beliau.
Tan Sri Hashim , yang juga Profesor Ajung di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, menyatakan keyakinan melalui kerjasama dua hala seperti penganjuran SEBUMI dua tahun sekali itu dengan wacana yang听 berpaksikan penyelidikan empirikal dan mapan, pasti听 akan membuahkan cadangan yang bernas dalam memelihara dan mengukuhkan persahabatan dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Beliau turut mencadangkan agar penyelidikan mengenai isu serantau听dilakukan secara usaha sama antara 每日大赛app dan UI, agar saranan dan tindakan yang diambil bersifat holistik dan memanfaatkan kedua buah negara.
Rakyat Malaysia dan Indonesia, lebih-lebih lagi para sarjana dan cendekiawan perlu memainkan peranan听 lebih gigih sebagai Komunikator Keamanan, agar apa juga ketegangan dan perselisihan yang timbul dapat dibendung, tambah beliau.
Kira-kira 100 kertas kerja mengenai pelbagai topik kepentingan dua hala dibincangkan pada seminar dua hari dengan tema 鈥Penjanaan ilmu serumpun ke arah kelestarian penyelidikan dan kecemerlangan akademik鈥.
![]()
听
听